Tuesday, December 22, 2009

Rampai iklan: Jet F5E untuk dijual

Sesiapa yang berminat adalah dipelawa untuk membeli dua(2) buah jet pejuang F5E milik TUDM dengan cara tender. Butir butir jet tersebut adalah seperti berikut:


Jenis jet : Pejuang F5e
Buatan : USA
Keadaan jet : Masih seperti baru
Keupayaan enjin : TIADA
Jenis Enjin          : TIADA
Enjin                  : TIADA (hilang)


Harga rezab: rm2.50

Yang berminat hendaklah mengisi borang F***5E yang boleh didapati di semua cawangan TUDM dengan harga RM0.50.
Borang yang siap diisi hendaklah sampai ke ibu pejabat TUDM sebelum pencuri enjin yang sebenar ditangkap!

Satu lagi enjin jet!

KAH!KAH!KAH!


MAMAT TU PASANG SATU LAGI ENJIN JET F5E KAT BOT DIA!


KAH!KAH!KAH!
ENJIN TU BELI KAT KEDAI BESI BUROK DENGAN HARGA RM20!


KAH!KAH!KAH!
BIJAK SUNGGUH MAMAT NI!


KAH!KAH!KAH!
LEPAS NI MAMAT NI CAKAP NAK CARI ENJIN KAPAL SELAM PULAK NAK BUBUH KAT KAPASELAM YANG DIA BUAT PAKAI TONG DRAM!
kAT MANA NAK CARI ENJIN KAPALSELAM?
KAH!KAH!KAH! MAMAT NI KATA ADA KAT KEDAI BESI BUROK.BOLEH DAPAT DENGAN RM20 AJE!


KAH!KAH!KAH!
KATA MAMAT NI LAGI, KALAU NAK MODIFIED PERODUA KANCIL,BOLEH TRY BUBOH ENJIN KERETA KEBAL.lAGI MENCACAK DIA PECUT.
KAT MANA NAK DAPAT ENJIN KERETA KEBAL?
KAH!KAH!KAH! MAMAT NI KATA TAK LAMA LAGI ADA JUAL KAT KEDAI BESI BUROK!!


KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!


NEGARA KU YANG TERCINTA!

Monday, December 21, 2009

Enjin jet pejuang rm20!!

Ada mamat tu pasang enjin jet kat bot dia.Bila ditanya kat mana dia dapat enjin tu, katanya dia beli dekat kedai besi burok dengan harga rm20!!

Fuuyooo!! Macam beli besi burok dekat Iraq selepas perang!
Macam macam ada. Enjin jet pejuang, enjin kereta kebal, enjin helikopter, enjin kapal selam dan macam macam
lagi.Maju dan makmur sungguh Malaysia ku ini!

Tuesday, December 1, 2009

RIBUT KAT KELANTAN MAKIN KENCANG!

Bersesuaian dengan musim tengkujuh sekarang ni, ribut dalam PAS makin kencang! Tambahan pula dengan isu royalti minyak yang makin jelas, beberapa kelompok manusia sudah 'naik minyak'Kelompok
itu termasuklah:

1. Kelompok UMNO/BN yang semakin agresif menyerang TGNA/PAS/PR.Kelompok ni sudah nampak          RM...RM...RM!

2. Kelompok dalam PAS yg menyokong untuk berpadu padu.RM pasti masyuuuuukkkk!

Nampaknya Tok Guru kena banyakan lagi doa!

Sudah 20 tahun!

Rencana asal dari Detikdaily

Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.

Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.

Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.

Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.

Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.

Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.

Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.

Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.

Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.

Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.

Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.

Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.

Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.

Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.

Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.

Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.

Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.

Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.

Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.

Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu