Sunday, April 29, 2012
INI SEBENARNYA YANG BERLAKU....
….sambil mengangkat tangan kanannya keatas dan jari telunjuknya ditegakkan (menggambarkan angka 1 ) , pakcik warga emas itu tiba tiba menjerit "Bertukarrrr!!!!. Dengan tak semena mena pakcik tua yang tadinya memakai baju bertulis 'BERSIH 3.0', bertopi sudu warna kuning dan berseluar slak hitam lusuh telah bertukar menjadi mamat berjeket, bertopi keledar dan berseluar pendek kelabu!
Pakcik yang telah bertukar itu meluru kearah kereta peronda polis yang kebetulan lalu disitu.Dengan sekali lompat pakcik berseluar pendek itu sudah berada diatas bonet belakang kereta peronda polis.Seperti seorang hero filem pakcik berseluar pendek itu menggenggam penumbuk lalu menumbuk bonet kereta polis.Kesan tumbukkan itu menyebabkan bonet kereta itu berlubang.Dengan segera pakcik berseluar pendek meloloskan badan melalui lobang itu dan masuk kedalam kereta polis.Pada waktu itu pemandu kereta itu telah tiada.Dia telah melompat terjun dari kereta yang sedang bergerak itu kerana ketakutan.Yang tinggal hanyalah anggota polis yang duduk disebelah penumpang.Dia kejong kat situ kerana terperanjat dengan apa yang berlaku.Pakcik berseluar pendek lantas duduk ditempat pemandu dan memandu kereta peronda polis itu dengan berhemah lalu dengan mesranya merempuh sekumpulan pendemo bersih 3.0 berhampiran SOGO!!!..
Subscribe to:
Posts (Atom)