Monday, April 6, 2009

Gaban tua hinggap di Sungai Petani

Awas penduduk Sungai Petani ! Gaban tua telah kelihatan disana!!
Penduduk penduduk di Bukit Gantang dan Bukit Bukit Selambau juga dinasihatkan berwaspada!
Spesis Gaban ini tak memilih mangsa. Kalau sesiapa terjumpa natang ni, sila hambat dengan penyapu!!



"SUNGAI PETANI 6 April - Lebih 5,000 orang berkumpul di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani di sini bagi mengikuti program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini"

- Utusan Melayau

Friday, April 3, 2009

Soalan cepumas

Soalan soalan cepumas untuk mereka mereka yg menggelar diri pembela agama, bangsa dan negara:

soalan pertama:

Dari bangsa manakah di kalangan pemimpin dan orang besar rakyat Malaysia
yang paling ramai dikaitkan dengan skandal rasuah?

soalan kedua:

Dari bangsa manakah dikalangan rakyat Malaysia yang menjadi penghuni setia pusat pusat serenti di seluruh negara?

soalan ketiga:

Dari bangsa manakah di kalangan rakyat Malaysia yang banyak terlibat dalam aktiviti merempit dan meragut ?

soalan keempat:

Dari bangsa manakah di kalangan rakyat Malaysia yg berdegar degar melaung sebagai pembela bangsa dan pemelihara kedaulatan raja raja?


Pemenang yg berjaya menjawab dengan tepat akan di hadiahkan seekor anak lembu dan seekor kambing induk berwarna hitam.
Hadiah saguhati berupa kemudahan untuk memternak katak akan diberi kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.


Thursday, April 2, 2009

Warkah dari rantau

Kehadapan ayahanda dan bonda semuga sehat sejahtera selalu.

Setelah sekian lama anakanda berada di perantauan inilah julung julung kalinya anakanda mengutus surat kepada ayahanda bonda di kg. Bukannya anakanda malas menulis tapi kalau dah tiap hari kita bersembang Yahoo Messenger, apa lagi isi yg nak anakanda tuliskan! Tapi hari ni lain sikit. Setelah tersebar berita mengenai Malaysia mendapat Perdana Menteri baru, rasa banyak pulak  ilham yang mencurah untuk anakanda terjemahkan dalam surat ini.

Ayahanda dan bonda,

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Perdana Menteri baru imejnya masih kabur. Seantero dunia tahu. Setiap cerok  kampung kat Monggolia tahu! Apakah kita sudah ketandusan pemimpin untuk di angkat jadi kepala negara? Mengapa tidak bersihkan dulu namanya sebelum dilantik jadi PM? Atau kena lantik dulu baru ade power nak bersihkan nama? Sedih..sedih sungguh bila anakanda memikirkan nasib negara kita selepas ini. Bagaimana agaknya pandangan dunia kat negara kita kelak. Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, mulai hari ni anakanda tak lagi memakai baju baju t-shirt anakanda yang bertulis 'I Love Malaysia' yg banyak anakanda bawak dari Malaysia hari tu. Bukan kerana tak bangga jadi anak Malaysia, tapi terasa malu pulak! Err... sebelum anakanda terlupa, ape khabar kambing dan lembu ayahanda yg 'kontroversi' itu hari?? Jangan pulak lupe nak halau masuk reban hari ni, nanti hilang kena culik!!

Ayahanda dan bonda,

Kat tempat anak tinggal ni dah heboh pasal gambar gambar anak anak menteri Malaysia yg berkelakuan tak senonoh di negara orang. Asal terjumpa je warga Malaysia kat sini, mesti timbul cerita pasal anak  anak pak menteri ni. Anakanda rasa bersyukur kerana anakanda tak jadi macam diorang ni..Mentang mentang mak bapak diorang  berada dan berkuasa perangai mengalah orang putih! Ade sekali tu seorang pelajar mat salleh kat sini bertanyakan anakanda tentang anak anak menteri ni. Anakanda jawap ringkas je,"mi no spik inglis". Mat saleh tu terus beredar. Heran jugak anakanda bila memikirkan anak menteri ni. Mak bapak diorang tak ajar ke dulu atau dioarang ni tak pergi Biro Tatanegara kot? Sepatutnye mereka ni kena sedar, mak bapak diorang tu VVIP, melayu dan Islam pulak lagi. Kena jagalah imej. Kalau jaga imej Islam tu nescaya imej imej lain tu akan terjaga semuanya. Ini tidak, berkepit dengan perempuan berbagai jenis dan bangsa, togok arak macam air sejuk dan macam macam lagi! Sedih sungguh! Mana mereka dapat duit begitu banyak tak tahulah. Adakah mereka mereka ini tajaan MARA dan JPA juga tak tahulah pulak. Kalau macam tulah , wajib ditarik balik penajaan mereka ini. Ramai lagi rakyat Malaysia yg perlukan penajaan untuk belajar. Membazir je bagi mereka ni! Eloknya anak dan bapak disunatkan sekali lagi!!

Ayahanda dan bonda,

Bagaimana dengan PRK kat 3 negeri tu? Anakanda tak ketinggalan juga mengikuti perkembangan kat internet. Nampak gayanya PR ade harapan cerah untuk menang!
Ape cerita dengan katak katak kat Perak tu, lama tak dengar 'Oooongan' mereka.Dah penyek di pijak lembu kot? Apapun elok juga orang kampung kat Perak tu buru katak katak jahanam ni.
Jangan di bagi muka! Ayahanda tak ambik cuti ke untuk ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau?

Sekianlah dulu yang dapat anakanda coretkan untuk ayahanda bonda kali ini.

Sembah salam anakanda untuk ayahanda bonda.

Sekian, wassalam.

Anakanda yg jauh,

Polan bin Polan
New York, USA.

Wednesday, April 1, 2009

Permit ceramah lulus!

lulus!

15 permit ceramah diluluskan oleh polis Perak.
Daripada 15 itu, 12 untuk BN dan 3 untuk PR.

Ketua Polis Perak


***  Sungguh adil dan saksama. Sapa kata polis berat sebelah!  ***

Tuesday, March 31, 2009

Alkisah....

Maka diceritakan orang akan Memanda Menteri negeri Serbaboleh yang tengah bersiap sedia hendak mengadap baginda sultan empunya negeri.Akan tujuan mengadap baginda itu adalah untuk menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selaku Memanda Menteri dan sekali gus melantik Tok Mentuya sebagi pengganti, mengambil alih tugas sebagai Memanda Menteri. Ada pun si Tok Mentuya ini tidak di sukai oleh kebanyakan hamba rakyat dek kerana terlalu banyak perangai buroknya yang di tak senangi.

Maka telah diwar warkan kepada rakyat jelata akan hari dan tarikh majlis mengadap itu. Tok Mentuya sangat gumbira dan tak sabar menunggu hari beliau akan di tabalkan menjadi Memanda Menteri negeri Serbaboleh. Selain Tok Mentuya yang turut bergumbira adalah lembu lembu, kambing dan katak katak yang menjadi belaan Tok Mentuya itu. Akan tetapi dalam ramai ramai itu hanya seorang saja yang di ceritakan orang, paling gumbira iaitu isteri Tok Mentuya. Di kenali dengan panggilan manja Bik, dia rasa dialah orang yang paling bertuah sekali! Sudah lama dia mengidam untuk menjadi isteri seorang Memanda Menteri.Kali ini hasrat akan kesampaian. Pegi mamposlah dengan orang orang yang selama ini mengutuk beliau. Pegi jahanamlah dengan kelompok kelompok yang menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran.Bahkan ada yang berani mengaitkan beliau dengan kejadian gempabumi dinegeri Serbaboleh itu! Sekarang semua akan tahu siapa dia. Semua akan tahu power ape yg di milikinya. Selepas ini takde lagi orang yg akan berani menggelarkanya sebarangan. Dunia akan tahu siapa dia! Esok dia akan tebalkan lagi mekap di muka dan haluskan lagi bulu keningnya!

Setelah sekian lama menunggu, maka tibalah hari yg dinantikan. Pagi pagi lagi Memanda Menteri yg tua telah bersiap siap untuk keistana. Keris dan tanjak yg telah lama disiapkan itu dipakai rapi. Dipihak Tok Mentuya bakal Memanda Menteri, dia telah lama bersiap. Sebelum subuh lagi dia telah bangkit untuk bersiap siap kut sultan memangginya ke istana hari itu juga.
Isteri beliau yg dikenali sebagi Bik itu rupanya dah lebih awal siap sedia. Menurut dayang dayang, Bik dah siap sejak pukul 3 pagi lagi!

Setelah semuanya sedia Memanda Menteri yg tua pun berangkat lah ke istana untuk mengadap sultan. Tok Mentuya pun mengerahkan sepuloh orang hulubalangnya untuk mengiringi Memanda Menteri keistana. Adapun tujuan Tok Mentuya menghantar pengiring adalah supaya berita dari istana itu cepat sampai ketelinga nya.Diperintahkan sepuluh hulubalang itu melapurkan berita dari istana bergilir gilir, macam siaran langsung lagaknya!

Setelah agak lama menunggu, berita pertama pun sampai dari istana. Hulubalang melapurkan majlis mengadap sedang berlangsung. Hulubalang yg seterusnya juga memberi lapurang yg sama.Tok Mentuya makin gelisah.Isterinya Bik, sejak dari tadi asyik kehulu kehilir didalam rumah dengan memegang sebuah cermin muka. Tiga jam sudah berlalu, namun kelibat Memanda Menteri tua belum kelihatan keluar dari balai mengadap. Tiba tiba Tok Mentuya dikejutkan oleh hulubalang yang datang membawa berita dari istana. Tercungap cungap hulubalang itu kerana berlari kencang dari istana untuk menyampaikan berita terkini itu.
"Sultan tak perkenan! Sultan tak perkenan!!" Jeritnya dalam nafas yg semput semput. Tok Mentuya terduduk kat kerusi dengan mata terkebil kebil.Sepatah haram pun tak keluar dari mulutnya. Manakal si Bik terus terpaku kat situ dengan tangan masih memegang cermin muka!

Esoknya heboh satu negeri Serbaboleh akan berita sultan yg tak perkenan Memanda Menteri yg tua meletak jawatan. Akan Tok Mentuya dan isterinya Bik, diceritakan orang mereka berdua pergi bercuti entah kemana. Tetapi menurut orang orang yang dekat dengan beliau, mereka pergi berjumpa dukun profesional dinegeri Almonggol. Akan sebab mereka berdua kesana adalah kerana seorang dukun tempatan memgatakan bahawa Tok Mentuya dan isterinya Bik, sedang di sialkan oleh seekor hantu perempuan yg sedang menghantui setiap langkah Tok Mentuya! Seorang dayang dirumah Tok Mentuya menceritakan dia melihat Tok Mentuya dan isterinya Bik, tergesa gesa berangkat dengan membawa dua beg besar. Tok Mentuya ketika itu masih memakai tanjak dan keris manakala Bik masih memegang cermin muka tapi dengan rambut yang kusut masai!!

Begitulah diceritakan orang adanya!

Sunday, March 29, 2009

Rosak demokrasi

Hishamudin kata terlalu ramai calon bertanding mencemarkan demokrasi di Malaysia.

Demokrasi yang mana satu ni?
Kenyataan yg tak masuk akal didalam sebuah negara yg mengamalkan demokrasi!!
Ini tentu kes terlebih PPSMI!!!

Berita gempar!!!

....500 ahli PKR Jerai keluar parti!!

RTM1

Habislah PKR.Menjelang hari mengundi nanti habis ahli PKR keluar parti!
Nampaknya PR akan kalah terok di ketiga tiga PRK kali ni.Sebab tulah BN optimis akan memenangi prk ini.
Nampaknya hantu Altantuya dah kena halau dek pawang profesional dan tak lagi menghantui rakyat Malaysia!!

Kah!kah!kah!kiooook!!!!