Tuesday, April 7, 2009

Jam 7:59 PM

Jam 7:59 PM

PAS - 16316
BN - 14061
Bebas - 40
Rosak - 231
Majoriti - 2255
Jumlah Saluran Menang - 44
Jumlah UPU Menang - 15

Terkini Jam 7:51 PM

Jam 7:51 PM

PAS - 15498
BN - 13228
Bebas - 33
Rosak - 211
Majoriti - 2270
Jumlah Saluran Menang - 41
Jumlah UPU Menang - 13

TERKINI PAS Menang majoriti 2577 (7.45 pm)

TERKINI PAS Menang majoriti 2577

PAS 14,720
BN 12,143
BEBAS 31
ROSAK 192
JUMLAH KERTAS UNDI 27,084
MAJORITI PAS MENANG 2577
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 48.75
SALURAN MENANG 41
UPU MENANG 13

Perhatian!



Malam ni dijangka bulan mengambang penuh kat Bukit Gantang!!

Monday, April 6, 2009

Pengumuman! pengumuman!

Penduduk penduduk disekitar Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air di minta tidak tidur awal malam ini kerana ramalan kajicuaca meramalkan fenomena hujan Ringgit Malaysia akan turun ditempat tempat tersebut pada lewat malam. Menurut jurucakap berkenaan, hujan tersebut turun renyai renyai dan kadangkala menjadi lebat!! Penduduk di nasihatkan membuat persediaan rapi bagi menghadapi fenomena ini.
Fenomena ini menurut setengah orang adalah berkait langsung dengan kehadiran katak katak yang sedang galak ber'oonng..onnng' disana.

Gaban tua hinggap di Sungai Petani

Awas penduduk Sungai Petani ! Gaban tua telah kelihatan disana!!
Penduduk penduduk di Bukit Gantang dan Bukit Bukit Selambau juga dinasihatkan berwaspada!
Spesis Gaban ini tak memilih mangsa. Kalau sesiapa terjumpa natang ni, sila hambat dengan penyapu!!



"SUNGAI PETANI 6 April - Lebih 5,000 orang berkumpul di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani di sini bagi mengikuti program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini"

- Utusan Melayau

Friday, April 3, 2009

Soalan cepumas

Soalan soalan cepumas untuk mereka mereka yg menggelar diri pembela agama, bangsa dan negara:

soalan pertama:

Dari bangsa manakah di kalangan pemimpin dan orang besar rakyat Malaysia
yang paling ramai dikaitkan dengan skandal rasuah?

soalan kedua:

Dari bangsa manakah dikalangan rakyat Malaysia yang menjadi penghuni setia pusat pusat serenti di seluruh negara?

soalan ketiga:

Dari bangsa manakah di kalangan rakyat Malaysia yang banyak terlibat dalam aktiviti merempit dan meragut ?

soalan keempat:

Dari bangsa manakah di kalangan rakyat Malaysia yg berdegar degar melaung sebagai pembela bangsa dan pemelihara kedaulatan raja raja?


Pemenang yg berjaya menjawab dengan tepat akan di hadiahkan seekor anak lembu dan seekor kambing induk berwarna hitam.
Hadiah saguhati berupa kemudahan untuk memternak katak akan diberi kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.