Saturday, March 14, 2009
Keluar dlm TV3(0.25)?
berita macam ni di censoredkan oleh TV3(.025). Tapi baguslah, politik politik jugak, takkan berita macam ni pon nak sorok. Adik ni bukan sahaja jadi kebanggaan negeri Kelantan malah seluruh Malaysia juga. Kerajaan negeri dah hulur, kerajaan pusat bagaimana? Melihatkan keadaan hidup adik ni, memang patut sangat di bantu. Sekurang kurangnya untuk urusan menyambung pelajaranya. Lagi baik kalau duit yang nak buat beli baju yang pernah di pakai oleh angkasawan
negara tu bagi pada adik ni.Sudah tentu di kenang seumur hidup!!
Penghargaan untuk adik Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal
PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) - Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri. Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.
Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot kediaman kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya membina rumah yang lebih selesa.
Selain itu kerajaan negeri bersetuju memberi saguhati sebanyak RM5,000 kepada pelajar terbaik itu di atas kecemerlangannya.
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.
Friday, March 13, 2009
Tahniah......tahniah
Tv Siam dan bahasa inggeris
Apa yang menarik tentang tv Siam ni ialah apa juga cerita yang keluar kat tv tu semua dialih bahasa ke bahasa Siam hatta cerita hindustan sekalipun! Cuma tang lagu je yang tak dialihbahasakan. Menyanyi lah kau berhari hari dan redah berekar tanah sekalipun!
Bila dikaitkan coretan diatas dgn permasaalahan PPSMI yang heboh di negara kita sekarang ni, teramatlah kontranya langkah kerajaan kita di bandingkan dengan Thailand. Orang lain bersusah payah menonjolkan bahasa ibunda tapi kita sebaliknya. Orang lain sibuk membahasaibundakan bahasa lain, tapi kita pulak sibuk melainbahasakan bahasa ibunda kita! Melayu oh melayu...ishh..ish...
