Wednesday, August 12, 2009

Pengkhianat bangsa ugama dan negara

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik sambutan hari kemerdekaan negara yang bakal disambut hujung bulan ini, sekumpulan pengamal seks songsang termasuk golongan lesbian dan gay menganjurkan parti liar kononnya untuk menunjukkan mereka juga ‘merdeka’ dan bebas mengamalkan budaya hidup sesat itu di negara ini.

Pesta maksiat yang berlangsung di tepi kolam sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, Sabtu lalu, meraikan peserta yang daripada terdiri pengamal seks sejenis dengan setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk RM60 jika membeli tiket di pintu masuk, manakala yang menempah melalui Internet dikenakan RM50.

Parti yang dianjurkan pada setiap tahun itu mempromosikan budaya tidak bermoral apabila pasangan yang menyertainya bebas bercumbu-cumbuan sambil meneguk arak.


MANA POLIS, MANA FRU, MANA PEMUDA UMNO, MANA NGO.MANA PAHLAWAN PAHLAWAN PEMBELA BANGSA!!
INI PENGKHIANAT YG JELAS!TANGKAP!TANGKAP!TANGKAP!
DEMO!DEMO!DEMO!
WATER CANON DAN GAS PEMEDIH MATA MANA OIII!!

Rakyat didahulukan

BILA LAGI KAMI NAK DAPAT TOPENG TUTUP HIDUNG FREE?
UNTUK SAMBUT MERDEKA TAK PAYAHLA BAGI BENDERA FREE, TUKAR JE BENDERA TU DENGAN TOPENG TUTUP HIDUNG, LAGI BERMAKNA DAN LAGI PATRIOTIK!!!

Cakap jangan main ikut sedap mulut!!

....Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.

Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.

Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,�ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.


KAH!KAH!KAH!KAH! Mengalahkan jahilliah lah kalau begitu!!Tak baca sejarah punya orang!Tak nak tarik balik pulak tu.Kesombongan tahap gaban!!

Monday, July 27, 2009

Jahane abis kerana mung!

KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

*********

APALAH DAYA KINI ORANG TAK SUDI...........!
KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

Friday, July 17, 2009

Khabar buat teman!!

KEPADA RAKAN DAN TAULAN YG BERADA DILUAR NEGARA, KEMBALILAH KE TANAH AIR. KEMBALILAH UNTUK BERSAMA SAMA KAMI RAKYAT MALAYASIA BERGUMBIRA DAN BERPESTA! KERAJAAN RAKYAT DIDAHULUKAN TELAH MEMBUKTIKAN SLOGAN MEREKA BUKAN RETORIK! TELAH TERBUKTI SLOGAN MEREKA BUKAN UNTUK POPULARITI! KAMI RAKYAT MALAYSIA AKAN MENIKMATI HASIL DARI SOKONGAN KAMI KEPADA PARTI YG MEMERINTAH. KAMI AKAN MENIKMATI KENAIKAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM YG AGAK LUMAYAN. KAMI AKAN MENIKMATI KENAIKAN TARIF LETRIK YG AKAN MENYUSUL KEMUDIAN DAN KAMI CUKUP TERUJA MENANTI KENAIKAN HARGA BARANG YG PASTI AKAN MENYUSUL TAK LAMA LAGI!
PULANGLAH...PULANGLAH PERANTAU! BERSAMA SAMA LAH PULANG MEMIKUL BEBANAN KEGUMBIRAAN INI BERSAMA SAMA ORANG TUA DI KAMPUNG.
HADIA HADIAH DARI KERAJAAN INI SUDAH TENTU AKAN MENAMBAH SEMANGAT JUANG RAKYAT. PAK MAT DAN MAKCIK MINAH AKAN BERUSAHA MENAMBAH BATAS BATAS SAYURAN MEREKA. WAK LEH DAN NENEK TOM SUDAH PASTI MENGIATKAN LAGI AKTIVITI MENOREH MEREKA. MAT LALOK AKAN MENAMBAH WAKTU OPERASI MEREKA ATAS RASA TERIMA KASIH MEREKA KPD KERAJAAN.

PULANGLAH...PULANGLAH ANAK ANAK DI RANTAU.
PULANGLAH UNTUK BERSAMA KAMI MERAIKAN KEMENANGAN INI DENGAH PENUH KEGUMBIRAAN!!!!

Matematik mudah (tak belajar PPSMI pun tak ape)!!!

11 HADIAH MESRA RAKYAT
=
KENAIKAN TAMBANG BAS DAN TEKSI
+
KENAIKAN TARIF LETRIK
+
KENAIKAN HARGA BARANG!!!


BRAVO!!!!TAHNIAH!!!!!

KHAKKKPTUIIIHHHHHH!!!

MACC?SPRM?

‘Siasat bos, saya dipukul’

JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.
***Hmetro**



MACC,SPRM = PDRM??