Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata LPKP mencadangkan caj perjalanan teksi bagi setiap 150 meter dinaikkan daripada 10 sen kepada 13 sen, sementara kadar tambang permulaannya pula ditambah daripada RM2 kepada RM3.
Sementara itu, kadar bayaran bagi meter teksi juga dinaikkan daripada 10 sen untuk 45 saat kepada 13 sen untuk 27 saat, katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan pemandu dan pengusaha teksi dan kereta sewa Lembah Klang di sebuah hotel di ibunegara hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata bagaimana keputusan muktamad akan diputuskan Kabinet tidak lama lagi. Hadir sama Pengerusi LPKP Datuk Markiman Kobiran.
*** Kita sebagai rakyat perihatin dgn riang ria dan berbesar hati menerima cadangan LPKP ini demi untuk membantu meringankan beban syarikat syarikat besar yg sedang mengalami masaalah akibat kegawatan ekonomi. Kita memang terkenal dgn sikap suka membantu sesiapa saja yg dilanda masaalah.Kita tak pernah membantah apalagi menunjuk perasaan apabila kerajaan menaikan ape saja yg setengah orang yg kurang waras kata membebankan rakyat.Kita tak pernah rasa terbeban pun malah merasa cukup gumbira bila minyak naik, tol naik, tambang naik, barang naik, tarif letrik dan air naik.Kita rasa amat bahagia sekali bila melihat pak menteri, wakil rakyat dan tokeh tokeh kroni kehulu kehilir dgn kereta besar masing masing kerana kita tahu bantuan kita itu sampai ke kelompok sasaran.Ohhh...bangganya!!!***
Khakkkk!!!Ptuihhhh!!!