Ade khabar khabar angin mengatakan DUN PERAK akan dibubarkan.Kalau ye, eloklah. Rakyat dah jemu jelak dengan cerita kau rayu aku rayu. Untuk rakyat Perak, bersiap sedialah untuk mengundi. Mudah mudahan rezeki melimpah limpah lagi! Untuk bomoh dan pawang hantu, ade tugas lagi. Hantu Siti Aminah tentu kembali. Yang datang berupa manusia pun dah ada.Siap masuk calon lagi!!
Adakah UBN akan tewas dengan pukolan TKO? Kemungkinannya amat besar!!!
Wartawan tak rasmi melapurkan peniaga peniaga kasut bundle sedang mendapat'durian runtuh' kat Perak. Dari temuramah rambang orang ramai yg berpusu pusu di premis menjual kasut bundle mendapati bahawa orang ramai mula menyerbu premis bundle sejak dari petang tadi. Apabila ditanya untuk ape kasut kasut itu dibeli, seorang pengunjung memberitahu ia sebagai persediaan untuk menyambut beberapa orang selebriti kelahiran Perak yg tengah top dan menjulang namanya di persada tanahair sejak petang tadi.Tambahnya lagi, apabila terjumpa dengan selebriti selebriti ini, peminat peminat akan membaling kasut kasut bundle yg di beli itu ke muka mereka mereka ini. Walaupun nampak kasar, itulah tanda terima kasih mereka kepada selebriti itu kerana telah menaikan nama Perak di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.
Kita ucapkan selamat membaling kasut kepada rakyat Perak!
...... perwakilan dari wanita umno menggesa kerajaan menubuhkan unit cyber warrior untuk menangani masaalah fitnah cyber terhadap kerajaan......
Nak boh kaler apa pulak cyber warrior ni. Kat Perak dan Kedah dah bersepah red warrior. Warna hitam dah ditempah khas untuk kambing dan lembu. Pakai warna kelabu kot!!
Patutnya cyber warrior diwujudkan untuk menangani gejala menghina ugama dan menghina nabi.Itu lebih penting.Bukan untuk menangani apa yg dikatakan fitnah cyber! Yang peliknya fitnah fitnah cyber ini tak pernah berjawab oleh yg empunya diri.
Agaknya cyber warrior yg nak di wujudkan ini pakai belantan, semburan kimia dan pemedih mata jugak ke? Kalau macam tu, habislah komputer aku!!