Monday, May 11, 2009

Polis sibuk

Kanak-kanak dipercayai diculik malam tadi 

ditemui mati


IPOH 11 Mei - Polis menemui mayat seorang kanak-kanak 

lelaki berusia tiga tahun di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, dipercayai mangsa 

culik yang dilaporkan hilang oleh bapanya malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan 

berkata, mayat Lee Li Xuan ditemui tersangkut di ranting 

kayu oleh beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.


Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian 

menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya, dan mayat itu kemudiannya dihantar ke 

Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. 


Katanya, sebelum kejadian bapa kanak-kanak itu Lee Boon Chung, 25, membuat laporan polis mengatakan anaknya 

dilarikan oleh seorang lelaki berbangsa India semasa 

anaknya itu sedang menyaksikan satu pertunjukan 

pentas di sebuah taman berhampiran rumah datuknya 

di Bagan Tiang pada pukul 10 malam tadi.


Menurutnya, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya. - Bernama


****Polis sibuk dok jaga SUK dan DUN. Tak cukup kakitangan nak urus benda lain***

Kasut bundle laris kat Perak

Wartawan tak rasmi melapurkan peniaga peniaga kasut bundle sedang mendapat'durian runtuh' kat Perak. Dari temuramah rambang orang ramai yg berpusu  pusu di premis menjual kasut bundle mendapati bahawa orang ramai mula menyerbu premis bundle sejak dari petang tadi. Apabila ditanya untuk ape kasut kasut itu dibeli, seorang pengunjung memberitahu ia sebagai persediaan untuk menyambut beberapa orang selebriti kelahiran Perak yg tengah top dan menjulang namanya di persada tanahair sejak petang tadi.Tambahnya lagi, apabila terjumpa dengan selebriti selebriti ini, peminat peminat akan membaling kasut kasut bundle yg di beli itu ke muka mereka mereka ini. Walaupun nampak kasar, itulah tanda terima kasih mereka kepada selebriti itu kerana telah menaikan nama Perak di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.

Kita ucapkan selamat membaling kasut kepada rakyat Perak!

Ooooongggg!Ooonnngggg!Oooongggkh!!!

Kambing

Sekor lagi kambing akan bertukar kewarna hitam kat Terengganu.
Kalau sesiapa ternampak kambing ni merayau kat mana mana sila bawa ke balai polis terdekat dengan seberapa segera. Tindakan segera polis akan menghalang kambing ni dari bertukar tukar warna atau terus bertukar menjadi katak seperti kat Perak!!!

Oonngggg!Ooonnnggg!Ooooonnngggggg!!!
Mmmmbbbeekkkk!Mbbbeeekkkkk!!!

Katak oh katak

Katak oi katak
mengapa kau panggil hujan
macamana tak panggil hujan 
Mb dah takde lagi
Mb dah tak de lagi

Mb oi Mb 
Mengapa kau tak de lagi
Macamana nak ade lagi
Mahkamah dah buat keputusan
Mahkamah dah buat keputusan

Mahkamah oi mahkamah
Mengapa buat keputusan
Macamana tak buat keputusan
Dia Mb haram
Dia Mb haram!!!

Maka terkial kial lah beberapa ekor katak yang ade kat Perak.
Oooonngggg! Ooonnnggggg! Ooonnnngggg!!

Sunday, May 10, 2009

Macamana kalau keputusan mahkamah esok memihak kepada DS Nizar?

Walaupun nampak agak mustahil dalam keadaan hakim dan mahkamah jadi kuda tunggangan, cuba bayangkan jika keputusan memihak kepada DS Nizar. Maka ramailah makhluk manusia yg jadi macam cacing kepanasan! Apa akan jadi pada Zambri. Apakah langkah PM seterusnya?
Yang pastinya, rakyat Perak akan gumbira sakan!

Sunday, May 3, 2009

iphone

Untuk penggemar, peminat,tuan punya,baru nak beli, baru berangan nakbeli dan saja saja minat nak tahu talipon iphone, sila baca ini.

Friday, April 24, 2009

Media luar negara menipu

Foreign Media Allegations To Topple Najib

MELAKA, April 24 (Bernama)-- Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said that the allegations by the foreign media against the new leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak were a grand design to topple the prime minister.


Ya..ya sudah berkokok bapak Dino!.Dapat jadi menteri ape lagi bodekla jangan tak bodek. Ingatkan media kat M'sia je yang pandai buat fitnah, rupanya seantero dunia dah belajar dari M'sia. Syabas! Dah jadi model kita ni rupenye!! Bangganya aku sampai kembang lubang hidung!