Monday, May 11, 2009
Mari menyanyi!
10 budak hitam
main dalam dewan
satu jadi haram
yang tinggal 9
bercahya bukan api
berkelip bukan bintang
dacing dan biru tolak tepi
Bulan dan hijau nak datang
Sorong papan tarik papan
buah keranji atas peti
Rampas kuasa disegerakan
Undang undang negeri dia tak reti
10 budak hitam
main atas jalan
MB dah jadi haram
tak boleh nak bersidang!!
Kambing doh jupe!
KUALA TERENGGANU 12 Mei – Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hari ini, dipercayai untuk memberi keterangan....
**Utusan Meloya**
Tak payah cari lagi dah jumpa dah. Kita tunggu tengok bertukar warna ke tak.
Guano mung! Oghang dok cari banyok ari doh. Mung nusuk alek ghok mane?
Ko mung lari ko hujang!!! Mung tok mbhoh gi balai polih tu nape?
Polis sibuk
Kanak-kanak dipercayai diculik malam tadi
ditemui mati
IPOH 11 Mei - Polis menemui mayat seorang kanak-kanak
lelaki berusia tiga tahun di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, dipercayai mangsa
culik yang dilaporkan hilang oleh bapanya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan
berkata, mayat Lee Li Xuan ditemui tersangkut di ranting
kayu oleh beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.
Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian
menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya, dan mayat itu kemudiannya dihantar ke
Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Katanya, sebelum kejadian bapa kanak-kanak itu Lee Boon Chung, 25, membuat laporan polis mengatakan anaknya
dilarikan oleh seorang lelaki berbangsa India semasa
anaknya itu sedang menyaksikan satu pertunjukan
pentas di sebuah taman berhampiran rumah datuknya
di Bagan Tiang pada pukul 10 malam tadi.
Menurutnya, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya. - Bernama
****Polis sibuk dok jaga SUK dan DUN. Tak cukup kakitangan nak urus benda lain***