Thursday, May 14, 2009

Kalau DUN Perak bubar?

Kalau jadi DUN Perak bubar, apa kelebihanya pada rakyat Perak?

1.  Dapat mengundi
2.  Dapat beras, gula biskut, ikan sardin dan kopi
3.  Dapat kain batek dan kain pelikat
4.  Budak budak dapat basikal
5.  Orang tua dapat gigi palsu
6.  Orang miskin dapat borang rumah PPRT
7.  Orang nak berniaga dapat borang pinjaman segera
8.  Banyak jalan jalan kg akan ditar baru
9.  Rakyat akan dijanjikan pembangunan itu ini
10. Kalau ikut tradisi, wang ringgit digugurkan dari langit.
11. Yang penting sekali rakyat Perak akan dapat MB baru.Silap haribulan bukan DS Nizar                    ataupun DS Zambry!!

****Ayoooo...best ape!!!****

Teka gambar


Diantara peserta peserta dalam gambar di atas, yang manakah pada pandangan anda layak di beri gelaran 'Pencetus Krisis di Perak'?

Sesiapa yg meneka dengan tepat akan mendapat hadiah percutian 3hari 2malam ke Pulau Pangkor bersama MB(H) Ds Zambry!

*** Hadiah adalah tertakluk kepada kedudukan DS Zambry, lagi cepat dia turun drpd. kerui MB, lagi cepatlah pemenang mendapat hadiah!!!***

RON 95??

 RON 95

Ready...Ok....Naik!!! = 95 sen!!!

PM nak gi mana tu?


Add VideoGambar ni ciluk kat Kelab Greenboc.

PM nak gi mana tu? Besor beg nampak!
Balik rumah mentua kat Monggolia!

Ura ura bubar DUN Perak

Ade khabar khabar angin mengatakan DUN PERAK akan dibubarkan.Kalau ye, eloklah. Rakyat dah jemu jelak dengan cerita kau rayu aku rayu. Untuk rakyat Perak, bersiap sedialah untuk mengundi. Mudah mudahan rezeki melimpah limpah lagi! Untuk bomoh dan pawang hantu, ade tugas lagi. Hantu Siti Aminah tentu kembali. Yang datang berupa manusia pun dah ada.Siap masuk calon lagi!!

Adakah UBN akan tewas dengan pukolan TKO? Kemungkinannya amat besar!!!

Tuesday, May 12, 2009

Betul ke ni

Dari  http://adukataruna.blogspot.com/2009/05/jalan-tengah-sultan-tabalkan-mb-baru.html


Jalan tengah : Sultan tabalkan MB baru.


Kuala Kangsar : Keadaan semakin panas apabila pihak istana mengambil jalan menolak Zamry dan Nizar. Pihak istana telah memasyurkan seorang Menteri Besar baru. Istiadat dan angkat sumpah akan di adakan esok pagi.


Sementara itu Ketua Polis Negeri mengesahkan istiadat itu. Pihak protokol istana ada memaklumkan kepada polis mengenainya.


"Kami memberi amaran akan bertindak tegas kepada sesiapa yang cuba menggagalkan istiadat angkat sumpah itu. Para pengguna jalan raya utama ke istana Kuala Kangsar diminta merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif kerana jalan itu akan ditutup kepada kenderaan awam."

Lagu baru, belum ade kat pasaran

(Sila nyanyi ikut lagu lama 'mari bermain tali')

Mari bermain MB bawah rumpun bambu
Aku dok belah sini kau dok belah sana

Mana hujung tali takkan ku lepas lagi
Ikat kaki ku supaya tak lompat sebelah sana
Mana kerusi MB takkan ku lepas lagi
Biar orang kata aku tak hendak lari

Mari bermain MB marilah disini
Pegang pegang kerusi jangan pegang FRU!

Sungguh adik pandai mengguna hakim amboi
Sehingga hari ni huru hara sebuah negeri
Mana dia gari hendak ku ikat kaki
Polis dan FRU dok tunggu dari pagi

Mari bermain MB marilah kat sini
Hari ni jadi MB esok tak tentu lagi!!!

*****Tolong la woi, tamatkan drama MB nih.Dah termuntah dah ni,Uwweekkkkkkkkkhh!!!***