Kayo!Kayo!

Friday, March 13, 2009

Tahniah......tahniah


Taniah untuk adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, yang mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu. Datang dari keluarga yang daif, tinggal dalam negeri yang dihebohkan daif namun Allah itu Maha Berkuasa, Alhamdulillah!!!

Tv Siam dan bahasa inggeris

Korang pernah tak tengok siaran tv dari Thailand? Kat tempat aku ni dapat juga 3 atau 4 channel. Dulu sebelum ada astro, aku selalu jugak nengok tv ni, selalunya pada sebelah malam.Cerita yang aku selalu tengok ialah cerita yang tak pernah dicensored seperti gaban, ultramen, semut merah dan cerita yang sespesis dengannya. Kadang kadang ada juga movie omputeh. Untuk mendapat siaran yang lebih jelas, ada teknisen yang suruh aku gantung tudung periuk kat antenna tv!
Apa yang menarik tentang tv Siam ni ialah apa juga cerita yang keluar kat tv tu semua dialih bahasa ke bahasa Siam hatta cerita hindustan sekalipun! Cuma tang lagu je yang tak dialihbahasakan. Menyanyi lah kau berhari hari dan redah berekar tanah sekalipun!

Bila dikaitkan coretan diatas dgn permasaalahan PPSMI yang heboh di negara kita sekarang ni, teramatlah kontranya langkah kerajaan kita di bandingkan dengan Thailand. Orang lain bersusah payah menonjolkan bahasa ibunda tapi kita sebaliknya. Orang lain sibuk membahasaibundakan bahasa lain, tapi kita pulak sibuk melainbahasakan bahasa ibunda kita! Melayu oh melayu...ishh..ish...