Kayo!Kayo!

Monday, April 20, 2009

Jong ke lauk woi!!

******************************************************************************************
M
alaysiakini melaporkan Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.

******************************************************************************************
Jong woi mari gi ke lauk wei!!Buleh pakat makang ikang. Ikan tambang, ikang kembung, ikang aye. Jong pakat naik bot tambang! Tapi jangang naik ramai ramai nanti tenggelang tengah lautang! Takut tak dak orang jupe sapa monsoong kap tahung depang!!! Jong jong woi! Kite singgah rantau abang tengok perahu BN tenggelang!!

Elizabeth dan penampilan baru


Adun Bukit Lanjang Elizabeth Wong telah mengunjungi TG Nik Aziz di JKR 10 Sabtu lalu.
Cuba tengok gambar ni.Cun sugguh Eli bertudung. Err Azalina bila nak buat kujungan hormat?
Kena belajar pakai tudung dulu baru boleh.Kalau tak, tentu kena kutuk punya!

Beli mari labur lepastu pakat lebong!

PM umum tambahan 3.3bil ASM dan 2bil ASW2020.

Mari mari pakat melabur. Sat nak PRK lagi.Duit tak dak ,kena berjimat.
Kalau semua pakat labur, boleh guna dulu untuk itu ini masa PRK.
Mari mari ,mari pakat melabur
Lepas melabur kita pakat pakat melebong!!!

Bumi sudah bocor


IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.


TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.


PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.


LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.


RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas, Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara.


Bumi dah uzur.Kiamat sudah dekat. Yang banyak dosa tu bawak bawaklah bertobat!!

Projek..projek bodohkan melayu!

******************************************************************************************
KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat) membantah hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di sekitar ibu negara kerana ia merupakan tanah rizab Melayu.

******************************************************************************************

Cantik sangat la tu. Bangunkan semua kg tu dan suruh makcik dan pakcik kat situ belajar bahasa inggeris supaya senang nak ajar anak cucu yg terlibat dengan PPSMI kat sekolah. Lepas tu buat carefour, tesco dan pasaraya besar banyak banyak supaya orang kg tu tak payah buat kerja kg lagi.Peluang kerja sebagai pengutip troli dan tukang sapu tentu bersepah. Along along dan ceti mesti gumbira kerana lepas ni tentu ramai yg nak hutang sebab nak tampung keperluan hidup dan nak jaga ego. Aiii, cakap orang putih berabok takkan nak naik kapcai! Kurang kurang Exora! Tak ape sedara along ade, bole pinjam buat bayar muka.

Coming Soong!

*************************************************************************************
D
ato Ahmad Said Menteri Besar Terengganu berhadapan krisis keyakinan yang semakin meruncing apabila jumlah wakil rakyat Umno@BN yang menolak kepimpinan beliau meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

***************************************************************************************

Coming soong!

Kalau kat Ganu ade prk lagi agak agak BN bertanding tak? Tentu pembaziran akan lebih besar berlaku kalau BN turut bertanding.

Kih!Kih!Kih!
Ambik telo sangkut kat telinga!!!