Kayo!Kayo!

Sunday, September 5, 2010

Media arus perdana lapur ikut fakta,AMBIK KAU!!!

JPJ Kelantan nafi nombor pendaftaran DBQ 1 milik Pemangku Raja Kelantan

KOTA BAHARU - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim menafikan mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media semalam bahawa Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

Beliau menjelaskan, sehingga kini nombor pendaftaran berkenaan masih berada dalam pemilikan JPJ Kelantan.

Beliau mengulas laporan akhbar The New Straits Times semalam yang memetik Abdul Ghani sebagai berkata, Pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1" pada harga RM145,000.

"Dengan penjelasan ini, laporan dalam akhbar berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau berkata, siri nombor pendaftaran kenderaan DBQ 1 telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka. - Bernama