Friday, April 24, 2009

Media luar negara menipu

Foreign Media Allegations To Topple Najib

MELAKA, April 24 (Bernama)-- Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said that the allegations by the foreign media against the new leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak were a grand design to topple the prime minister.


Ya..ya sudah berkokok bapak Dino!.Dapat jadi menteri ape lagi bodekla jangan tak bodek. Ingatkan media kat M'sia je yang pandai buat fitnah, rupanya seantero dunia dah belajar dari M'sia. Syabas! Dah jadi model kita ni rupenye!! Bangganya aku sampai kembang lubang hidung!

IPTS ke IP-TIS??

KUANTAN - Sebanyak 66 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini diklasifikasikan sebagai tidak aktif berdasarkan kajian Kementerian Pengajian Tinggi bulan lalu.

Jumlah itu membentuk 14 peratus daripada keseluruhan 469 buah IPTS.


Tukar..tukar kena panggil IP-TIS bukannya IPTS!!

Internet

Dah 2 hari internet aku macam c*****! Merayap macam nak mapus mengalahkan dial-up. Buln ni dah beberapa kali talian streamyx menghadapiu masaalah. Tak tulah servis kelas jenis mana ni.

Thursday, April 23, 2009

Dio timbul pulok doh

Saiful Files RM2 Mln Suit Against Blog Writer

SHAH ALAM, April 23 (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan who accuses Parti Keadilan Rakyat advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomising him, today filed a RM2 million defamation suit against a blog writer.

Saiful, 23, filed the suit through lawyer Zamri Idrus at the High Court Registry here at 2.30pm. His father Azlan Mohd Lazim was also there.

Yahhh..dia sudah mari! Agaknya ini tanda2 awal dah dekat nak ngundi . Agaknya kalau ngundi kali ni dia berganding bahu dengan antu Siti Aminah! Cuma antu Siti Aminah tu nyakat satu puak je.Jeng!Jeng!Jeng! Kalau menang saman RM2 juta ni boleh jadi kayo rio!

Jong kelauk wei!

BESUT, 23 April (Hrkh) - Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun). ..

-HarakahDaily

Woi..jong pakat gi ke lauk wei!!

Bulang nok ngambang doh kat Rantau Abang!

Mat Said dengan Derih dok asoh parang.

Sape hero kite tang. Natang sungguh!!!

Ngiat nginsong matak-aji semar ni senggggg!!!

Semar ni seng semar ni song parang sekeperrrrr!!!!

KihKih!Kih!



PRK Penanti tak jadi

KUALA LUMPUR,23 APRIL (SK) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memutuskan untuk keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadapMohammad Fairus Khairuddin tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Dalam kenyataan SPRM, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan dakwaan berkenaan.


Betul kata setengah orang PRK Penanti mugkin tak di adakan. Fairuz lepas dan perletakan jawatan mungkin tak sah!!! Macam macam bole jadi. Maysia Boleh!!!

Saman saman jangan tak saman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantung beliau daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun berkuat kuasa bulan lalu.
Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.

**********************************************************************************************
***************
Dah cakap dah. Pandai sangat guna mahkamah nak tegak benang basah. Sekarang padan muka kena 'backfire' atas kecerdikan sendiri. Nak masuk dewan guna mahkamah. nak jadi MB pun mintak mahkamah putuskan. Kalau dah lanun tu lanun jugakklah.Hah, sekarang jawablah kat mahkamah. Tak lama lagi mahkamah akan jadi mahkah..kah...kah!

Tuesday, April 21, 2009

Lelong!Lelong!

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.


Lelong!Lelong!
Ya amir, Ya Sheikh, Ya Siddiq! Lelong!lelong!
Sapa dapat angkat cepat kasi borong.
Lelong!lelong!
Ini baik punya barang. Boleh angkat awek pegi seberang.
Lebong!lebong!!!

Berapa punya ngoook daa!

Monday, April 20, 2009

Jong ke lauk woi!!

******************************************************************************************
M
alaysiakini melaporkan Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.

******************************************************************************************
Jong woi mari gi ke lauk wei!!Buleh pakat makang ikang. Ikan tambang, ikang kembung, ikang aye. Jong pakat naik bot tambang! Tapi jangang naik ramai ramai nanti tenggelang tengah lautang! Takut tak dak orang jupe sapa monsoong kap tahung depang!!! Jong jong woi! Kite singgah rantau abang tengok perahu BN tenggelang!!

Elizabeth dan penampilan baru


Adun Bukit Lanjang Elizabeth Wong telah mengunjungi TG Nik Aziz di JKR 10 Sabtu lalu.
Cuba tengok gambar ni.Cun sugguh Eli bertudung. Err Azalina bila nak buat kujungan hormat?
Kena belajar pakai tudung dulu baru boleh.Kalau tak, tentu kena kutuk punya!

Beli mari labur lepastu pakat lebong!

PM umum tambahan 3.3bil ASM dan 2bil ASW2020.

Mari mari pakat melabur. Sat nak PRK lagi.Duit tak dak ,kena berjimat.
Kalau semua pakat labur, boleh guna dulu untuk itu ini masa PRK.
Mari mari ,mari pakat melabur
Lepas melabur kita pakat pakat melebong!!!

Bumi sudah bocor


IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.


TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.


PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.


LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.


RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas, Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara.


Bumi dah uzur.Kiamat sudah dekat. Yang banyak dosa tu bawak bawaklah bertobat!!

Projek..projek bodohkan melayu!

******************************************************************************************
KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat) membantah hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di sekitar ibu negara kerana ia merupakan tanah rizab Melayu.

******************************************************************************************

Cantik sangat la tu. Bangunkan semua kg tu dan suruh makcik dan pakcik kat situ belajar bahasa inggeris supaya senang nak ajar anak cucu yg terlibat dengan PPSMI kat sekolah. Lepas tu buat carefour, tesco dan pasaraya besar banyak banyak supaya orang kg tu tak payah buat kerja kg lagi.Peluang kerja sebagai pengutip troli dan tukang sapu tentu bersepah. Along along dan ceti mesti gumbira kerana lepas ni tentu ramai yg nak hutang sebab nak tampung keperluan hidup dan nak jaga ego. Aiii, cakap orang putih berabok takkan nak naik kapcai! Kurang kurang Exora! Tak ape sedara along ade, bole pinjam buat bayar muka.

Coming Soong!

*************************************************************************************
D
ato Ahmad Said Menteri Besar Terengganu berhadapan krisis keyakinan yang semakin meruncing apabila jumlah wakil rakyat Umno@BN yang menolak kepimpinan beliau meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

***************************************************************************************

Coming soong!

Kalau kat Ganu ade prk lagi agak agak BN bertanding tak? Tentu pembaziran akan lebih besar berlaku kalau BN turut bertanding.

Kih!Kih!Kih!
Ambik telo sangkut kat telinga!!!

Sunday, April 19, 2009

Bayar!bayar!Jangan tak bayar.

MB Pahang diarah bayar syarikat balak RM63 juta

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak. 

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.


Tak ape, pm kan ada.Mintak tolong hulur hulurkan ape ape yang patut!


Saturday, April 18, 2009

Tarif elektrik kekal

Tarif elektrik kekal: TNB


KUALA SELANGOR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak, gas dan arang batu tidak berubah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, hari ini.

**Berita Hairan


Satu contoh jelas kuasa monopoly. Time minyak turun, dia kata TNB tak banyak pakai minyak tapi banyak pakai arangbatu. Kalau arangbatu turun, mungkin TNB banyak pakai air pulak kot!
Masa nak naik tarif aritu kata kena naik sebab minyak naik!
Mana satu yg nak pakai ni.

Eiiiii!Hantu sudah mari!

BN mungkin tak bertanding di PRK Penanti-- DS Najib

Eeiiiiii!Heeiiiiii!Heeeiiiii!
Seekor hantu telah berjaya dalam misi menyakat satu gerombolan.
Tewas sebelum berjuang!

Friday, April 17, 2009

Cuba teka, anak sapa ni

Tengok kat sini (SX18)

Kapal selam tiba

Kapal selam pertama negara tiba 25 Julai

KUALA LUMPUR: Kapal Selam Scorpene pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman, yang diterima secara rasmi daripada pengarah projek Scopene di Toulon Perancis pada 24 Januari lalu, dijangka tiba di tanah air pada 25 Julai depan.

**Berita hairan


jom pakat ramai ramai pegi tengok tapi kena hati hati takut ada hantu balik pintu. Hantu Siti Aminah!

Heeeiiiiiii...makan budaaakk!!

Tuesday, April 14, 2009

Kejap ada,kejap tak ada



Semalam tak ade Hari ni ade!

'Natang sungguh!

kaji lagi kaji



KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sedang mengkaji aspek penggunaan penghadang jalan yang bersesuaian dengan tahap ketinggian kenderaan sebagai usaha mengurangkan kes kemalangan ...


Dah jadi budaya di malaysia, bila dah terkena,termati,terputus kepala, terburai isi perut baru nak kaji dan buat itu ini. Masa nak pakaiguna bas dua tingkat ni dulu tak de buat kajian ke?
Asal fulus masyuuuk semua ok.
Oh negara ku!

Yahooo!!

LOS ANGELES: Gergasi Internet dunia, Yahoo Inc, yang sedang bergelut dengan masalah ekonomi dunia, bersedia untuk memberhentikan beratus pekerja syarikat itu.

Ia rentetan pemberhentian pekerjaan pusingan pertama sejak Ketua Eksekutifnya, Carol Bartz mengemudi syarikat berkenaan, menurut satu laporan akhbar, lewat semalam.

-bhairan

Bujang lapok

Hei siapa itu disana haaa?
Kanda tau siapa itu. Itulah perompak yang hendak rompak minyak dari tangan kekanda.
Walaupun rupamu tidak ku ke kenal tetapi sepanduk 'natang' mu tetap menjadi pujaan hati ku..!

Cut! cut! cuuttttttt!!!!

Coming soong!!

COMING SOONG!

PRK Terengganu!

Hantu Siti Aminah bermaharajalela lagi.
Ada yang takut terkencing kencing.
Ada yang tergelak terkangkang kangkang.
Ada yang ketawa terkahkah kahkah!

Fulus sudah nampak bayang.
Projek mi segera sudah mendatang.
Terengganu akan bergegar lagi.
Heh heh heh aku akan kesana sekali lagi!!

Monday, April 13, 2009

Mari berpantun

Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokan
saya pengundi ameno tegar
kalau nak menang 'hulur hulurkan'

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan laju dia makan
suruh mengundi dia buat tak tahu

Pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
lepas mengundi yb tak jengah
Bila ada projek segera dia nak juga

pisang emas bawa belayar
masak sebiji diatas peti
cakap perubahan berdegar degar
satu pun tak jadi, buat menyakitkan hati

yok yok yok
ayam jambul emas
mu kata kat aku berok
mu katak dok tengah panas

Kah!Kah!Kah!
Kih!Kih!Kih!
Kalu nak suruh pangkah
Bagi aku banyak pitih.

buai laju laju
sampai cucur atap
muka tutup dengan baju
supaya jurugambar tak boleh ketap

buai laju laju
sampai seberang sana
apa dalam baju
sekeping gambar perempuan cina

kalau nak gugur gugurlah nangka
jangan menimpa sipohon petai
kalau nak bunuh bunuhlah saja
jangan di C4 badan berkecai

Pisang emas dimakan mentah
Hangus rentung si pisang kapas
Itulah magic nafsu serakah
engkau tergantung, aku terlepas!

Gadget baru (mesti tonton!)

Jampi Pak Dukun

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang! Adakah diantara mambang mambang yang ada yg bernama Siti Aminah @ Altantu...? Kalau ada antara mambang yg bernama itu tunjukkanlah diri dan berceritalah tentang mati. Adapun yg masih hidup masih tercari cari dan masih menanti cerita siapa yg punya angkara sebab mati dan apa pula sebab musababnya.

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang! Bangkitlah dari kubur dan merayaulah sampai United Kingdom! Carilah siapa yg punya onar membuat si Siti Aminah mati. Ikutlah si pengkhianat itu walaupun perlu ikut buat Phd.

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang!
Bangkitlah menjadi hantu walau disiang hari. Hantuilah si pengecut yg membuat Siti Aminah mati. Carilah di depo senjata mana yg bocorkan C4 bom berapi. Hambatlah si durjana yg hancurkan tubuh Siti Aminah. Masuklah politik biarpun terpaksa jadi PM satu hari. Sakatlah si penipu yang buat Siti Aminah mati!!

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang!
Tanyalah pada yang kena hukuman mati. Siapa ketua siapa kepala yg arahkan mati. Suruhlah tobat sebelum tali mengikat leher. Bocorkan rahsia tentang Siti Aminah mati. Nescaya aman membawa diri. Disana ada bidadari menanti. Janganlah mati seperti katak kat tepi. Biarlah berbudi bila nak mati. Janganlah jadi katak tak kenang budi. Atau katak yang telompat lompat seorang diri. Kat Perak dah ada janganlah ada lagi!!

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang!
Sumpahlah si pembunuh hingga tujuh keturunan dan simpul mati!

Pooh kiri! Poooh kanan!Poohh didepan!Pooh di belakang!
Bila nak ada PRK lagi! Mambang Siti Aminah takkan berhenti.Mucul ia tiap kali mengundi!!

Cobaaaaannnn....cobaaaaaaannnn....cobaaaaannnnn!
Cobaan kepala hotak kau!Ini betul betulah bukan cobaannn!

Sunday, April 12, 2009

Selamatkah DS Nazri?


DATUK SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
Menteri Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen

Kalau betulah seperti diperkatakan orang bahawa kabinet DS Najib dibayangi oleh Tun M, maka adalah diantara menteri menteri yg baru di lantik itu akan rasa panas bontot. Yang pastinya DS Nazeri. Seperti yg di ketahui umum DS Nazeri pernah menghentam Tun M suatu ketika dahulu semasa era Tun Pak Lah. Mungkinkah itu menjadi sebab DS Nazeri masih dikekalkan dlm kabinet, kita tunggu dan lihat. Kalau betulah begitu, DS Nazeri akan dimalukan, dan kali ini tentu parah!!

Saturday, April 11, 2009

Amy Search

KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.



Ustz. Akil Hay mana? Dah lama tak dengar berita. Dah masuk gerombolan ke!

Friday, April 10, 2009

Kabinet baru Malaysia 2009



Lebih kemas dan teratur!!!
Kih!Kih!Kih!Kih!!

PM Baru Malaysia



Hantu siapa kat belakang tu?

Thursday, April 9, 2009

Dialog 3 hantu

AZILAH DAN SIRUL DIHUKUM MATI

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya.

**Tukartiub

Hantu 1 :"Eh, kau orang berdua ni yang bunuh aku tempoh hari kan? Ai apasal kau orang pun
dah jadi hantu jugak?"

Hantu 2 : "aa..aa, memang kita orang la yang bunuh akak dulu tu. Memangla kita orang dah jadi
hantu sebab kita orang dah mati kena gantung!"

hantu 3 : " Yer la kak, kes kita orang du tu sangkutla.Itu pasal kita orang dah jadi hantu macam
akak. Akak marah lagi ke?"

Hantu 1 : " Eh ta de la. Akak tak marah kat kau orang. Akak marah kat dua eko lagi tu. Hampeh
betul! Terlepas pulak mereka tuh!"

Hantu 3 : "Akak jangan risau, lepas ni kita berdua akan tolong akak. Kita kasi hambat sama itu
orang!"


Kih!Kih!Kih!Kih!!

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan rasmi Bukit Gantang


Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62

Majority - 2,789 ( 2008 majoriti= 1,566)

Hooray!!!


8.58pm terkini Bukit Selambau

8.58pm Manikumar wins Bukit Selambau

With all 22 polling boxes counted, Manikumar retained the seat for PKR by winning with a 2,396-vote majority, a slightly higher margin than in the 2008 general elections.

Manikumar is already celebrating at the official counting centre SM Teknik in Sungai Petani. Along with him is Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail and PKR vice-president Azmin Ali.

BN candidate S Ganesan is not in the hall. Other MIC leaders are also not present.

Malaysiakini

Unofficial

8.50pm UNOFFICIAL PKR retains Bukit Selambau PKR's Manikumar wins the seat to retain the status quo in the state assembly. Malaysiakini


8.50pm UNOFFICIAL PAS wins Bukit Gantang PAS 20,021, BN 17,076, Independent 56. Majority 2,945. Malaysiakin

***BN dapat satu batang, PR dapat dua bukit! Kih!Kih!Kih!Kih!

Bukit Gantang terkini 8:52 PM

Kemaskini Terkini Dari Bukit Gantang - malaysiakini

PAS - 20929
BN - 17646
Bebas - 60
Rosak - 345
Majoriti - 3283
Jumlah Saluran Menang - 57
Jumlah UPU Menang - 16

Keputusan tak rasmi Bukit Gantang

Tak Rasmi Bukit Gantang - malaysiakini

PAS - 20021
BN - 17076
BEBAS - 56
Rosak - 318
Majoriti - 2945
Jumlah Saluran Menang - 57
Jumlah UPU Menang - 16

Keputusan rasmi 8.40pm

Keputusan Rasmi buat masa ini.

PAS - 18,881
BN - 15,859

Majoriti - 3,022

Gempar!!!

Anak lelaki pemimpin LTTE lari ke Malaysia!

tv3(.25)



Kih!Kih!Kih! Jumpa sapa agaknya dtg Malaysia. Jumpa guruji ke?

Terkini tak rasmi 08.30pm

Bukit Gantang

PAS : 18559
BN : 16010
BEBAS : 54
ROSAK : 296
MAJORITI : 2549
JUMLAH SALURAN MENANG : 51
JUMLAH UPU MENANG : 15


Bukit Selambau

PKR - 11530
BN - 9174
Majority (PKR) - 2359

Jam 8:09 PM

Jam 8:09 PM

PAS - 17427
BN - 15001
Bebas - 46
Rosak - 256
Majoriti - 2426
Jumlah Saluran Menang - 48
Jumlah UPU Menang - 15

Jam 7:59 PM

Jam 7:59 PM

PAS - 16316
BN - 14061
Bebas - 40
Rosak - 231
Majoriti - 2255
Jumlah Saluran Menang - 44
Jumlah UPU Menang - 15

Terkini Jam 7:51 PM

Jam 7:51 PM

PAS - 15498
BN - 13228
Bebas - 33
Rosak - 211
Majoriti - 2270
Jumlah Saluran Menang - 41
Jumlah UPU Menang - 13

TERKINI PAS Menang majoriti 2577 (7.45 pm)

TERKINI PAS Menang majoriti 2577

PAS 14,720
BN 12,143
BEBAS 31
ROSAK 192
JUMLAH KERTAS UNDI 27,084
MAJORITI PAS MENANG 2577
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 48.75
SALURAN MENANG 41
UPU MENANG 13

Perhatian!



Malam ni dijangka bulan mengambang penuh kat Bukit Gantang!!

Monday, April 6, 2009

Pengumuman! pengumuman!

Penduduk penduduk disekitar Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air di minta tidak tidur awal malam ini kerana ramalan kajicuaca meramalkan fenomena hujan Ringgit Malaysia akan turun ditempat tempat tersebut pada lewat malam. Menurut jurucakap berkenaan, hujan tersebut turun renyai renyai dan kadangkala menjadi lebat!! Penduduk di nasihatkan membuat persediaan rapi bagi menghadapi fenomena ini.
Fenomena ini menurut setengah orang adalah berkait langsung dengan kehadiran katak katak yang sedang galak ber'oonng..onnng' disana.

Gaban tua hinggap di Sungai Petani

Awas penduduk Sungai Petani ! Gaban tua telah kelihatan disana!!
Penduduk penduduk di Bukit Gantang dan Bukit Bukit Selambau juga dinasihatkan berwaspada!
Spesis Gaban ini tak memilih mangsa. Kalau sesiapa terjumpa natang ni, sila hambat dengan penyapu!!



"SUNGAI PETANI 6 April - Lebih 5,000 orang berkumpul di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani di sini bagi mengikuti program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini"

- Utusan Melayau

Friday, April 3, 2009

Soalan cepumas

Soalan soalan cepumas untuk mereka mereka yg menggelar diri pembela agama, bangsa dan negara:

soalan pertama:

Dari bangsa manakah di kalangan pemimpin dan orang besar rakyat Malaysia
yang paling ramai dikaitkan dengan skandal rasuah?

soalan kedua:

Dari bangsa manakah dikalangan rakyat Malaysia yang menjadi penghuni setia pusat pusat serenti di seluruh negara?

soalan ketiga:

Dari bangsa manakah di kalangan rakyat Malaysia yang banyak terlibat dalam aktiviti merempit dan meragut ?

soalan keempat:

Dari bangsa manakah di kalangan rakyat Malaysia yg berdegar degar melaung sebagai pembela bangsa dan pemelihara kedaulatan raja raja?


Pemenang yg berjaya menjawab dengan tepat akan di hadiahkan seekor anak lembu dan seekor kambing induk berwarna hitam.
Hadiah saguhati berupa kemudahan untuk memternak katak akan diberi kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.


Thursday, April 2, 2009

Warkah dari rantau

Kehadapan ayahanda dan bonda semuga sehat sejahtera selalu.

Setelah sekian lama anakanda berada di perantauan inilah julung julung kalinya anakanda mengutus surat kepada ayahanda bonda di kg. Bukannya anakanda malas menulis tapi kalau dah tiap hari kita bersembang Yahoo Messenger, apa lagi isi yg nak anakanda tuliskan! Tapi hari ni lain sikit. Setelah tersebar berita mengenai Malaysia mendapat Perdana Menteri baru, rasa banyak pulak  ilham yang mencurah untuk anakanda terjemahkan dalam surat ini.

Ayahanda dan bonda,

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Perdana Menteri baru imejnya masih kabur. Seantero dunia tahu. Setiap cerok  kampung kat Monggolia tahu! Apakah kita sudah ketandusan pemimpin untuk di angkat jadi kepala negara? Mengapa tidak bersihkan dulu namanya sebelum dilantik jadi PM? Atau kena lantik dulu baru ade power nak bersihkan nama? Sedih..sedih sungguh bila anakanda memikirkan nasib negara kita selepas ini. Bagaimana agaknya pandangan dunia kat negara kita kelak. Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, mulai hari ni anakanda tak lagi memakai baju baju t-shirt anakanda yang bertulis 'I Love Malaysia' yg banyak anakanda bawak dari Malaysia hari tu. Bukan kerana tak bangga jadi anak Malaysia, tapi terasa malu pulak! Err... sebelum anakanda terlupa, ape khabar kambing dan lembu ayahanda yg 'kontroversi' itu hari?? Jangan pulak lupe nak halau masuk reban hari ni, nanti hilang kena culik!!

Ayahanda dan bonda,

Kat tempat anak tinggal ni dah heboh pasal gambar gambar anak anak menteri Malaysia yg berkelakuan tak senonoh di negara orang. Asal terjumpa je warga Malaysia kat sini, mesti timbul cerita pasal anak  anak pak menteri ni. Anakanda rasa bersyukur kerana anakanda tak jadi macam diorang ni..Mentang mentang mak bapak diorang  berada dan berkuasa perangai mengalah orang putih! Ade sekali tu seorang pelajar mat salleh kat sini bertanyakan anakanda tentang anak anak menteri ni. Anakanda jawap ringkas je,"mi no spik inglis". Mat saleh tu terus beredar. Heran jugak anakanda bila memikirkan anak menteri ni. Mak bapak diorang tak ajar ke dulu atau dioarang ni tak pergi Biro Tatanegara kot? Sepatutnye mereka ni kena sedar, mak bapak diorang tu VVIP, melayu dan Islam pulak lagi. Kena jagalah imej. Kalau jaga imej Islam tu nescaya imej imej lain tu akan terjaga semuanya. Ini tidak, berkepit dengan perempuan berbagai jenis dan bangsa, togok arak macam air sejuk dan macam macam lagi! Sedih sungguh! Mana mereka dapat duit begitu banyak tak tahulah. Adakah mereka mereka ini tajaan MARA dan JPA juga tak tahulah pulak. Kalau macam tulah , wajib ditarik balik penajaan mereka ini. Ramai lagi rakyat Malaysia yg perlukan penajaan untuk belajar. Membazir je bagi mereka ni! Eloknya anak dan bapak disunatkan sekali lagi!!

Ayahanda dan bonda,

Bagaimana dengan PRK kat 3 negeri tu? Anakanda tak ketinggalan juga mengikuti perkembangan kat internet. Nampak gayanya PR ade harapan cerah untuk menang!
Ape cerita dengan katak katak kat Perak tu, lama tak dengar 'Oooongan' mereka.Dah penyek di pijak lembu kot? Apapun elok juga orang kampung kat Perak tu buru katak katak jahanam ni.
Jangan di bagi muka! Ayahanda tak ambik cuti ke untuk ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau?

Sekianlah dulu yang dapat anakanda coretkan untuk ayahanda bonda kali ini.

Sembah salam anakanda untuk ayahanda bonda.

Sekian, wassalam.

Anakanda yg jauh,

Polan bin Polan
New York, USA.

Wednesday, April 1, 2009

Permit ceramah lulus!

lulus!

15 permit ceramah diluluskan oleh polis Perak.
Daripada 15 itu, 12 untuk BN dan 3 untuk PR.

Ketua Polis Perak


***  Sungguh adil dan saksama. Sapa kata polis berat sebelah!  ***