Tuesday, June 2, 2009

Tambang teksi nak naik, kita pakat tolong ramai ramai!

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mencadangkan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk 30 peratus kenaikan caj perjalanan teksi dalam semakan kadar tambang yang kemukakannya kepada kerajaan bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata LPKP mencadangkan caj perjalanan teksi bagi setiap 150 meter dinaikkan daripada 10 sen kepada 13 sen, sementara kadar tambang permulaannya pula ditambah daripada RM2 kepada RM3.

Sementara itu, kadar bayaran bagi meter teksi juga dinaikkan daripada 10 sen untuk 45 saat kepada 13 sen untuk 27 saat, katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan pemandu dan pengusaha teksi dan kereta sewa Lembah Klang di sebuah hotel di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata bagaimana keputusan muktamad akan diputuskan Kabinet tidak lama lagi. Hadir sama Pengerusi LPKP Datuk Markiman Kobiran.


*** Kita sebagai rakyat perihatin dgn riang ria dan berbesar hati menerima cadangan LPKP ini demi untuk membantu meringankan beban syarikat syarikat besar yg sedang mengalami masaalah akibat kegawatan ekonomi. Kita memang terkenal dgn sikap suka membantu sesiapa saja yg dilanda masaalah.Kita tak pernah membantah apalagi menunjuk perasaan apabila kerajaan menaikan ape saja yg setengah orang yg kurang  waras kata membebankan rakyat.Kita tak pernah rasa terbeban pun malah merasa cukup gumbira bila minyak naik, tol naik, tambang naik, barang naik, tarif letrik dan air naik.Kita rasa amat bahagia sekali bila melihat pak menteri, wakil rakyat dan tokeh tokeh kroni kehulu kehilir dgn kereta besar masing masing kerana kita tahu bantuan kita itu sampai ke kelompok sasaran.Ohhh...bangganya!!!***

Khakkkk!!!Ptuihhhh!!!

Terengganu kena serang!!

Raksaksa Gaban dipercayai punca menyebabkan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh.Bukti bukti yg ada menunjukkan raksaksa itu cuba mendarat diatas bumbung stadium itu yg tak mampu menampung berat badan raksaksa itu menyebabkan ia runtuh.Saksi mendakwa mendengar dengusan kuat sebelum bumbung itu runtuh.Kementerian Pertahanan sedang menyiasat kemungkinan cubaan mendarat itu adalah sebahagian rancangan jahat gerombolan raksaksa untuk menyerang Terengganu.



KAH!KAH!KAH!