Kayo!Kayo!

Tuesday, March 31, 2009

Alkisah....

Maka diceritakan orang akan Memanda Menteri negeri Serbaboleh yang tengah bersiap sedia hendak mengadap baginda sultan empunya negeri.Akan tujuan mengadap baginda itu adalah untuk menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selaku Memanda Menteri dan sekali gus melantik Tok Mentuya sebagi pengganti, mengambil alih tugas sebagai Memanda Menteri. Ada pun si Tok Mentuya ini tidak di sukai oleh kebanyakan hamba rakyat dek kerana terlalu banyak perangai buroknya yang di tak senangi.

Maka telah diwar warkan kepada rakyat jelata akan hari dan tarikh majlis mengadap itu. Tok Mentuya sangat gumbira dan tak sabar menunggu hari beliau akan di tabalkan menjadi Memanda Menteri negeri Serbaboleh. Selain Tok Mentuya yang turut bergumbira adalah lembu lembu, kambing dan katak katak yang menjadi belaan Tok Mentuya itu. Akan tetapi dalam ramai ramai itu hanya seorang saja yang di ceritakan orang, paling gumbira iaitu isteri Tok Mentuya. Di kenali dengan panggilan manja Bik, dia rasa dialah orang yang paling bertuah sekali! Sudah lama dia mengidam untuk menjadi isteri seorang Memanda Menteri.Kali ini hasrat akan kesampaian. Pegi mamposlah dengan orang orang yang selama ini mengutuk beliau. Pegi jahanamlah dengan kelompok kelompok yang menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran.Bahkan ada yang berani mengaitkan beliau dengan kejadian gempabumi dinegeri Serbaboleh itu! Sekarang semua akan tahu siapa dia. Semua akan tahu power ape yg di milikinya. Selepas ini takde lagi orang yg akan berani menggelarkanya sebarangan. Dunia akan tahu siapa dia! Esok dia akan tebalkan lagi mekap di muka dan haluskan lagi bulu keningnya!

Setelah sekian lama menunggu, maka tibalah hari yg dinantikan. Pagi pagi lagi Memanda Menteri yg tua telah bersiap siap untuk keistana. Keris dan tanjak yg telah lama disiapkan itu dipakai rapi. Dipihak Tok Mentuya bakal Memanda Menteri, dia telah lama bersiap. Sebelum subuh lagi dia telah bangkit untuk bersiap siap kut sultan memangginya ke istana hari itu juga.
Isteri beliau yg dikenali sebagi Bik itu rupanya dah lebih awal siap sedia. Menurut dayang dayang, Bik dah siap sejak pukul 3 pagi lagi!

Setelah semuanya sedia Memanda Menteri yg tua pun berangkat lah ke istana untuk mengadap sultan. Tok Mentuya pun mengerahkan sepuloh orang hulubalangnya untuk mengiringi Memanda Menteri keistana. Adapun tujuan Tok Mentuya menghantar pengiring adalah supaya berita dari istana itu cepat sampai ketelinga nya.Diperintahkan sepuluh hulubalang itu melapurkan berita dari istana bergilir gilir, macam siaran langsung lagaknya!

Setelah agak lama menunggu, berita pertama pun sampai dari istana. Hulubalang melapurkan majlis mengadap sedang berlangsung. Hulubalang yg seterusnya juga memberi lapurang yg sama.Tok Mentuya makin gelisah.Isterinya Bik, sejak dari tadi asyik kehulu kehilir didalam rumah dengan memegang sebuah cermin muka. Tiga jam sudah berlalu, namun kelibat Memanda Menteri tua belum kelihatan keluar dari balai mengadap. Tiba tiba Tok Mentuya dikejutkan oleh hulubalang yang datang membawa berita dari istana. Tercungap cungap hulubalang itu kerana berlari kencang dari istana untuk menyampaikan berita terkini itu.
"Sultan tak perkenan! Sultan tak perkenan!!" Jeritnya dalam nafas yg semput semput. Tok Mentuya terduduk kat kerusi dengan mata terkebil kebil.Sepatah haram pun tak keluar dari mulutnya. Manakal si Bik terus terpaku kat situ dengan tangan masih memegang cermin muka!

Esoknya heboh satu negeri Serbaboleh akan berita sultan yg tak perkenan Memanda Menteri yg tua meletak jawatan. Akan Tok Mentuya dan isterinya Bik, diceritakan orang mereka berdua pergi bercuti entah kemana. Tetapi menurut orang orang yang dekat dengan beliau, mereka pergi berjumpa dukun profesional dinegeri Almonggol. Akan sebab mereka berdua kesana adalah kerana seorang dukun tempatan memgatakan bahawa Tok Mentuya dan isterinya Bik, sedang di sialkan oleh seekor hantu perempuan yg sedang menghantui setiap langkah Tok Mentuya! Seorang dayang dirumah Tok Mentuya menceritakan dia melihat Tok Mentuya dan isterinya Bik, tergesa gesa berangkat dengan membawa dua beg besar. Tok Mentuya ketika itu masih memakai tanjak dan keris manakala Bik masih memegang cermin muka tapi dengan rambut yang kusut masai!!

Begitulah diceritakan orang adanya!