Tuesday, May 12, 2009

Betul ke ni

Dari  http://adukataruna.blogspot.com/2009/05/jalan-tengah-sultan-tabalkan-mb-baru.html


Jalan tengah : Sultan tabalkan MB baru.


Kuala Kangsar : Keadaan semakin panas apabila pihak istana mengambil jalan menolak Zamry dan Nizar. Pihak istana telah memasyurkan seorang Menteri Besar baru. Istiadat dan angkat sumpah akan di adakan esok pagi.


Sementara itu Ketua Polis Negeri mengesahkan istiadat itu. Pihak protokol istana ada memaklumkan kepada polis mengenainya.


"Kami memberi amaran akan bertindak tegas kepada sesiapa yang cuba menggagalkan istiadat angkat sumpah itu. Para pengguna jalan raya utama ke istana Kuala Kangsar diminta merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif kerana jalan itu akan ditutup kepada kenderaan awam."

Lagu baru, belum ade kat pasaran

(Sila nyanyi ikut lagu lama 'mari bermain tali')

Mari bermain MB bawah rumpun bambu
Aku dok belah sini kau dok belah sana

Mana hujung tali takkan ku lepas lagi
Ikat kaki ku supaya tak lompat sebelah sana
Mana kerusi MB takkan ku lepas lagi
Biar orang kata aku tak hendak lari

Mari bermain MB marilah disini
Pegang pegang kerusi jangan pegang FRU!

Sungguh adik pandai mengguna hakim amboi
Sehingga hari ni huru hara sebuah negeri
Mana dia gari hendak ku ikat kaki
Polis dan FRU dok tunggu dari pagi

Mari bermain MB marilah kat sini
Hari ni jadi MB esok tak tentu lagi!!!

*****Tolong la woi, tamatkan drama MB nih.Dah termuntah dah ni,Uwweekkkkkkkkkhh!!!***