Monday, April 6, 2009

Pengumuman! pengumuman!

Penduduk penduduk disekitar Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air di minta tidak tidur awal malam ini kerana ramalan kajicuaca meramalkan fenomena hujan Ringgit Malaysia akan turun ditempat tempat tersebut pada lewat malam. Menurut jurucakap berkenaan, hujan tersebut turun renyai renyai dan kadangkala menjadi lebat!! Penduduk di nasihatkan membuat persediaan rapi bagi menghadapi fenomena ini.
Fenomena ini menurut setengah orang adalah berkait langsung dengan kehadiran katak katak yang sedang galak ber'oonng..onnng' disana.

Gaban tua hinggap di Sungai Petani

Awas penduduk Sungai Petani ! Gaban tua telah kelihatan disana!!
Penduduk penduduk di Bukit Gantang dan Bukit Bukit Selambau juga dinasihatkan berwaspada!
Spesis Gaban ini tak memilih mangsa. Kalau sesiapa terjumpa natang ni, sila hambat dengan penyapu!!



"SUNGAI PETANI 6 April - Lebih 5,000 orang berkumpul di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani di sini bagi mengikuti program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini"

- Utusan Melayau