Tuesday, March 17, 2009

Katak ,sekilas pandang







Oonnnnggg...oonnggggg!

Iklan Berbayar: Jawatan kosong

Tawaran terbuka kepada warganegara Malaysia berbangsa Melayu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai:

KETUA MENTERI AKALEM

Syarat dan kelayakan:

- Sekurang kurangnya lulus peperiksaan SPRM pangkat L.
- Pengalaman bukan satu keperluan ( Latihan akan di sediakan)
- Sekurang kurangnya memperoleh 5 tuduhan rasuah yang disahkan oleh SPRM.
- Umur tidak melebihi tahap bangka
- Mendapat pendedahan maksima PPSMI di peringkat sekolah rendah.
- Tidak pernah menjejakan kaki ke Kelantan adalah satu kelebihan.
- Boleh berbahasa melayu
- Disahkan bersih oleh Lembaga Disiplin adalah kemestian.
- Mempunyai lesen memandu kelas L yang sah dan tidak mempunyai masaalah
untuk memandu merz atau rangerover atau camry bila perlu.

Borang yang telah diisi hendaklah sampai ke Pejabat SUK Negeri ( Bawah pokok bekas tapak
persidangan) selewat lewatnya ESOK!

Khir Toyo sebersih salju

Bersih.... seputih putihnya.

Hik..hik!!emphh........mphhh.......!keghhh ...keghhhhh....mphhh..! KAH!KAH!KAH!!!
Huarghhhh!KAH!KAH!KAH!!

Rupa rupanya ramai di kalangan vip UMNO yang teraniaya dengan tuduhan rasuah.Ish..ishh
manusia manalah yang tergamak menabur fitnah tahap terlampau ini.Sedarilah mereka mereka
yang terfitnah itu sebenarnya bersih sebersih bersihnya! Errr...mintak maaf, UMNO tu ape??? Ada pertalian dengan gaban ke?












Gaban ke ni?

Apakah hanya dua ekor tupai sahaja yang jatuh ke bumi?

A Kadr Jasin
Tue | Mar 17, 09 | 7:14:24 pm MYT

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah yang terjadi kepada dua calon utama pertandingan Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

Mereka didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno.

Mereka yang dibabitkan kesalahan adalah:

1. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Kerana kesalahan itu dia diharamkan bertanding jawatan berkenaan.

2. Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda. Dia diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding.

Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.

Petikan dari :harakahdaily.net


Aku sedang duduk diatas tangga, tiba tiba ehek..ehek!!!uhuk...uhuuuuukkkk!!Khaiiiiiiiiikkkkk....uuwekkkk!!!Ptuiiiiiih!!!!!!
Terjemahan: Sekadar melepas batuk ditangga!