Friday, March 27, 2009

Petualang dan pengkianat bangsa...betul??







Gambar kenangan petualang dan pengkhianat bangsa.

Kisah 4 ekor katak

Di tepi sawah disebuah negeri di utara semenanjung kelihatan 4 ekor katak sedang menikmati hidangan sebakul lalat yg dihadiahkan oleh seorang (seekor) pembesar katak. Katak yang bergelar 'kepala katak' tiba tiba bersuara (berbunyi) "ong...ong..oongg!".Maka sahut dua ekor katak jantan (katak puru) serentak "Ooong..Oonnnng!"."ONG!ONG!ONG!"(KAH!KAH!KAH!) ketawa tiga ekor katak tersebut serentak. Katak betina yg dari tadi memerhatikan gelagat katak katak jantan itu tiba tiba bersuara "Ong..eeekkk...ong...eekk!."ONG!ONG!ONG!" katak jantan ketawa lagi. "Eng!Ong!eeng!Ong!!.Jerit sikatak betina. Katak jantan bertiga masih tidak memperdulikan si katak betina.Tiba tiba terdengar jeritan "Eeeengggg!!!!erk!. Tanpa disedari oleh keempat empat katak tersebut,sekumpulan lembu lembu yang becucuk hidung masing masing , melalui tempat sikatak beristerihat. Lembu lembu itu macam tergesa gesa seolah olah dalam keadaan takut atau sedang lari dari sesuatu. Kerana tak sempat menyelamatkan diri, ke empat empat ekor katak tadi penyek di pijak lembu lembu yg sedang dalam ketakutan itu. Sungguh menyayat hati.Katak katak itu terbunuh dalam keadaan yg sungguh mengerikan.

Khabarnya lembu lembu itu lari ketakutan kerana di kejar oleh orang kampung yang marah kerana lembu menceroboh dan memusnahkan tanaman penduduk disitu. Di khabarkan juga beberapa ekor kambing bewarna hitam juga sedang diburu oleh orang kampung.!

Pencuri! pencuri!

malaysiakini.com

Former premier Dr Mahathir Mohamad today shredded the Umno Youth movement to pieces for electing Khairy Jamaluddin as their head.


** Seorang guru mencuri sedang memarahi anak murid pencurinya kerana telah mencuri wang yang baru di curinya!!!*****

Pok!pok!pok! Tepok! tepok!

dari Berita Hairan Online:

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai.


Beliau yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, Johor, jam 11 malam kelmarin.


** Cepat dan cekap sungguh SPRM! Sempat jugak di pintas si Farus tu!
** tepok...tepok...tepok..!!!

Errr.... encik Fairus nak gi mana tu??

Me spik inglis litle litle

Aku bukan hasil dari PPSMI. Kerja aku 99% dalam bahasa inglis. Aku spik inglis litle litle je. Nasib baik tak wajib belajar bahasa cina masa nak belajar guna sempoa. Cantik sangat kalau dulu belajar guna sempoa dlm bahasa cina.Barulah orang melayu boleh maju dalam perniagaan macam orang cina!!

Tahniah!!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada barisan 'top gun' umno yang baru.

** Kambing dan lembu dah masuk reban?**

Cyber warrior, red warrior dan black goats and cows!

...... perwakilan dari wanita umno menggesa kerajaan menubuhkan unit cyber warrior untuk menangani masaalah fitnah cyber terhadap kerajaan......

Nak boh kaler apa pulak cyber warrior ni. Kat Perak dan Kedah dah bersepah red warrior. Warna hitam dah ditempah khas untuk kambing dan lembu. Pakai warna kelabu kot!!

Patutnya cyber warrior diwujudkan untuk menangani gejala menghina ugama dan menghina nabi.Itu lebih penting.Bukan untuk menangani apa yg dikatakan fitnah cyber! Yang peliknya fitnah fitnah cyber ini tak pernah berjawab oleh yg empunya diri.

Agaknya cyber warrior yg nak di wujudkan ini pakai belantan, semburan kimia dan pemedih mata jugak ke? Kalau macam tu, habislah komputer aku!!

Khutbah Jumaat 27/3

Antara intisari Khutbah di Masjid Padang Enggang, Kota Bharu:

".......Tatkala kita umat islam disini bersembahyang Jumaat didalam suasana aman dan tenteram,jangan kita lupa ada saudara saudara kita yg. bersedih kerana kehilangan orang tersayang, bersedih kerana kehilangan anggota badan akibat bom yang digugurkan oleh zionis...."

**Kadang kadang terfikir juga apakah sumbangan aku kepada saudara saudara islam ku di Palestin ? **