Setelah sekian lama anakanda berada di perantauan inilah julung julung kalinya anakanda mengutus surat kepada ayahanda bonda di kg. Bukannya anakanda malas menulis tapi kalau dah tiap hari kita bersembang Yahoo Messenger, apa lagi isi yg nak anakanda tuliskan! Tapi hari ni lain sikit. Setelah tersebar berita mengenai Malaysia mendapat Perdana Menteri baru, rasa banyak pulak ilham yang mencurah untuk anakanda terjemahkan dalam surat ini.
Ayahanda dan bonda,
Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Perdana Menteri baru imejnya masih kabur. Seantero dunia tahu. Setiap cerok kampung kat Monggolia tahu! Apakah kita sudah ketandusan pemimpin untuk di angkat jadi kepala negara? Mengapa tidak bersihkan dulu namanya sebelum dilantik jadi PM? Atau kena lantik dulu baru ade power nak bersihkan nama? Sedih..sedih sungguh bila anakanda memikirkan nasib negara kita selepas ini. Bagaimana agaknya pandangan dunia kat negara kita kelak. Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, mulai hari ni anakanda tak lagi memakai baju baju t-shirt anakanda yang bertulis 'I Love Malaysia' yg banyak anakanda bawak dari Malaysia hari tu. Bukan kerana tak bangga jadi anak Malaysia, tapi terasa malu pulak! Err... sebelum anakanda terlupa, ape khabar kambing dan lembu ayahanda yg 'kontroversi' itu hari?? Jangan pulak lupe nak halau masuk reban hari ni, nanti hilang kena culik!!
Ayahanda dan bonda,
Kat tempat anak tinggal ni dah heboh pasal gambar gambar anak anak menteri Malaysia yg berkelakuan tak senonoh di negara orang. Asal terjumpa je warga Malaysia kat sini, mesti timbul cerita pasal anak anak pak menteri ni. Anakanda rasa bersyukur kerana anakanda tak jadi macam diorang ni..Mentang mentang mak bapak diorang berada dan berkuasa perangai mengalah orang putih! Ade sekali tu seorang pelajar mat salleh kat sini bertanyakan anakanda tentang anak anak menteri ni. Anakanda jawap ringkas je,"mi no spik inglis". Mat saleh tu terus beredar. Heran jugak anakanda bila memikirkan anak menteri ni. Mak bapak diorang tak ajar ke dulu atau dioarang ni tak pergi Biro Tatanegara kot? Sepatutnye mereka ni kena sedar, mak bapak diorang tu VVIP, melayu dan Islam pulak lagi. Kena jagalah imej. Kalau jaga imej Islam tu nescaya imej imej lain tu akan terjaga semuanya. Ini tidak, berkepit dengan perempuan berbagai jenis dan bangsa, togok arak macam air sejuk dan macam macam lagi! Sedih sungguh! Mana mereka dapat duit begitu banyak tak tahulah. Adakah mereka mereka ini tajaan MARA dan JPA juga tak tahulah pulak. Kalau macam tulah , wajib ditarik balik penajaan mereka ini. Ramai lagi rakyat Malaysia yg perlukan penajaan untuk belajar. Membazir je bagi mereka ni! Eloknya anak dan bapak disunatkan sekali lagi!!
Ayahanda dan bonda,
Bagaimana dengan PRK kat 3 negeri tu? Anakanda tak ketinggalan juga mengikuti perkembangan kat internet. Nampak gayanya PR ade harapan cerah untuk menang!
Ape cerita dengan katak katak kat Perak tu, lama tak dengar 'Oooongan' mereka.Dah penyek di pijak lembu kot? Apapun elok juga orang kampung kat Perak tu buru katak katak jahanam ni.
Jangan di bagi muka! Ayahanda tak ambik cuti ke untuk ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau?
Sekianlah dulu yang dapat anakanda coretkan untuk ayahanda bonda kali ini.
Sembah salam anakanda untuk ayahanda bonda.
Sekian, wassalam.
Anakanda yg jauh,
Polan bin Polan
New York, USA.