Thursday, March 4, 2010

MANUSIA DAH JADI HAIWAN


Lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat didera

PETALING JAYA- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan pula meninggal dunia akibat didera setelah dipercayai dipijak sehingga tidak sedarkan diri di sebuah taman permainan di Kayu Ara, Damansara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari mengesahkan tulang rusuk kanak-kanak malang itu retak selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku antara 10 hingga 12 malam tadi di Pangsapuri Seri Ara, Damansara selepas mangsa ditinggalkan ibu bapanya kepada neneknya untuk dijaga bagi menyelesaikan urusan peribadi.

Bagaimanapun, akibat kebimbangan meninggalkan anaknya kepada nenek yang uzur, ibu mangsa kemudian menghubungi jirannya yang pernah menjaga mangsa selama dua minggu tahun lepas.

"Ibu mangsa sebenarnya risau untuk menyerahkan mangsa kepada pasangan itu kerana disyaki pasangan tersebut pernah mendera mangsa berdasarkan kesan luka di badan, tetapi terpaksa berbuat demikian demi keselamatan mangsa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.-Bernama


*****PATUTLAH YG JADI KATAK PUN RAMAI!!!  ****