Wednesday, August 12, 2009

Pengkhianat bangsa ugama dan negara

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik sambutan hari kemerdekaan negara yang bakal disambut hujung bulan ini, sekumpulan pengamal seks songsang termasuk golongan lesbian dan gay menganjurkan parti liar kononnya untuk menunjukkan mereka juga ‘merdeka’ dan bebas mengamalkan budaya hidup sesat itu di negara ini.

Pesta maksiat yang berlangsung di tepi kolam sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, Sabtu lalu, meraikan peserta yang daripada terdiri pengamal seks sejenis dengan setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk RM60 jika membeli tiket di pintu masuk, manakala yang menempah melalui Internet dikenakan RM50.

Parti yang dianjurkan pada setiap tahun itu mempromosikan budaya tidak bermoral apabila pasangan yang menyertainya bebas bercumbu-cumbuan sambil meneguk arak.


MANA POLIS, MANA FRU, MANA PEMUDA UMNO, MANA NGO.MANA PAHLAWAN PAHLAWAN PEMBELA BANGSA!!
INI PENGKHIANAT YG JELAS!TANGKAP!TANGKAP!TANGKAP!
DEMO!DEMO!DEMO!
WATER CANON DAN GAS PEMEDIH MATA MANA OIII!!

Rakyat didahulukan

BILA LAGI KAMI NAK DAPAT TOPENG TUTUP HIDUNG FREE?
UNTUK SAMBUT MERDEKA TAK PAYAHLA BAGI BENDERA FREE, TUKAR JE BENDERA TU DENGAN TOPENG TUTUP HIDUNG, LAGI BERMAKNA DAN LAGI PATRIOTIK!!!

Cakap jangan main ikut sedap mulut!!

....Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.

Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.

Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,�ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.


KAH!KAH!KAH!KAH! Mengalahkan jahilliah lah kalau begitu!!Tak baca sejarah punya orang!Tak nak tarik balik pulak tu.Kesombongan tahap gaban!!