Monday, March 8, 2010

Ish...ihh..ishhhh...kesiann!!

Pas tidak wajar terima Zulkifli Noordin : Mahfuz

PETALING JAYA- Pas tidak wajar menerima kehadiran anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu. 

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas...ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Beliau yang sebelum itu hadir sidang media mengenai ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, diminta mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor berkata parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam Pas.-Bernama









****JANGANLAH BUAT NAYA KAT EN ZUL NI.DIA PEJUANG MELAYU DAN ISLAM SEJATI.APE LA EN MAHFUZ NI.
       BAGILA PELUANG DIA PORAK DAN KACAU PAS PULAK.TAK ROCK LA!!!! ****