Tuesday, July 7, 2009

Warkah untuk kekasih

Kehadapan adindaku yang jauh dimata.

Dinda,

Setelah sekian lama kanda tidak menghantar berita kepada adinda disana,hari ini kerana sebak yg tak tertanggung kanda gagahi juga untuk menulis warkah ini untuk tatapan adinda. Kanda memohon jutaan maaf kerana telah sekian lama menyepi.

Dinda,

Adapun kanda menulis warkah ini adalah untuk memaklumkan kepada  dinda bahawa kanda mungkin tak dapat lagi menemui adinda untuk memadu asmara seperti lazimnya kerana roadtax kereta cabuk kanda yang dinda sedia maklum itu mungkin tak dapat diperbaharui lagi selepas ini.Ini kerana umur kereta itu pun sudah tua dan nilainya mencecah rm500 sahaja!!

Seperti yg dinda tahu syarikat insuran tidak lagi sanggup menanggung kerugian disebabkan kereta kereta murah dan yang seangkatan denganya.Untuk bertemu adinda dengan menaiki bas pun  kanda rasa dah tak termampu lagi kerana kenaikan tambang dan dengar khabarnya akan naik lagi.Nampaknya semua bisnes mengalami kerugian kecuali bisness air kelapa kanda yang tak rugi rugi.

Dinda,

Sungguh banyak dugaan dan rintanganya kisah kasih kita ini.Dalam sehari dua ini kanda asyik menyayi lagu 'demo ni ore tino' je.Lagu tu ciptaan eddie hamid.Entah ape kena mengena dengan kita, kanda pun tak pasti.Mungkin akibat cerita insuran ni lah gamaknya! Buat masa ni kanda sedang memikirkan untuk membeli sebuah basikal model terbaru untuk kemudahan kanda menemui dinda nanti.Kalau pakai basikal, tak payah fikir pasal insuran,roadtax dan minyak lagi.Tapi tak tahulah kut selepas ini kerajaan akan mengkaji untuk mewajibkan penunggang basikal mengambil perlindungan insuran pulak!!

Setakat inilah sahaja yg dapat kanda coretkan untuk tatapan adinda.

Wassallam.

Isu insuran kereta bawah RM10,000, siapa untung??

1. Pak Mat Kangkong (bukan nama sebenar) -pembeli insuran pihak ketiga-memiliki kereta               bernilai rm450.00- peniaga sayur pasar malam-pendapatan antara rm300-600,                                 bergantungpada cuaca.

2. Roslan Mamat (bukan nama sebenar)-pembeli insuran pihak ketiga-memiliki motor kapcai            c70-bisnes ambil upah bayar roadtax-pendapatan antara rm500-1000.

3. En. Lajis Rahmat(bukan nama sebenar)-Tuan punya kedai ejen insuran SAP SAP SUEI-                pembeli  insuran pihak pertama-memiliki kereta proton wira tahun 2001 -berniaga insuran-      pendapatan rm1000-15000-isteri yg. sah =2

4. En Ramlan Tukiman(bukan nama sebenar) Jurujual syarikat insuran SAP SAP SUEI -                   pembeli insuran pihak pertama-memiliki kereta Honda Civic tahun 2007-sedang dalam               persiapan untuk melancong ke Australia hadiah dari syarikat insuran SAP SAP SUEI kerana       prestasi jualan insuran yg memberangsangkan-pendapatan rm3000-5000-isteri sah =1. yg         tak sah=++

5. En Long Long Tai(bukan nama sebenar) Pengurus syarikat insuran SAP SAP SUEI-pembeli          insuran pihak pertama-memiliki kereta merz CLK-pendapatan rm5000-6000.-isteri                    sah-1,yg tak sah=tak pasti-syarikat insuran SAP SAP SUEI memberi ganjaran percutian ke          USA selama 5hari 5malam kerana prestasi baik cawangan.

6. Datuk ZZX, ahli lembaga pengarah kumpulan syarikat SAP SAP SUEI, berkata "Aiyaaaa,kita        manyak lugi ooo pasat itu kelita mulah bawah rm10,000.Tatak muleh tanggung ooo.Kita tak       mahu telima lagi itu kelita.Kasi itu Muniandi(bukan nama sebenar) bikin besi bulok lagi             baik ooo!!! .Beliau ditemu ramah di KLIA ketika baru pulang dari bercuti di UK 

7. "Kita faham masalah  dan dilema syarikat syarikat  ni dan kita sedang mengkaji formula yg             akan menguntungkan kedua dua pihak yg terlibat.Buat masa ni kita sedang memikirkan             untuk menaikan kadar premium insuran keatas pemilik pemilik kenderaan murah ni.                   Rakyat kena faham kadar premium kat Malaysia ni jauh lebih murah jika dibandingkan                dengan negara negara lain seperti Singapura",kata seorang melayu taraf menteri sewaktu            hendak berlepas ke Perancis kerana lawatan sambil kerja selama sebulan.    

KAT MANA SYARIKAT INSURAN NI RUGI???