Kayo!Kayo!

Thursday, March 19, 2009

Mari berpantun

Lompat sikatak lompat 
lompat tepi perigi
Lompat ewah lompat
Tak lama lagi bersepai gigi

Lompat sikatak lompat
Lompat kat tembok bata
Cepat la cepat lompat
Nanti lebam bijik mata

Lompat sikatak lompat
Lompat sampai melaka
Udah projek tak dapat
Mana lagi nak sorok muka!!

Khas untuk kekatak kat Perak
dengan ingatan tulus ikhlas!



JEMPUTAN

Orangramai adalah dijemput hadir ke Program Jom Kecoh yang akan di adakan serentak  di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. 


Acara acara menarik yang bakal menunggu pengunjung adalah:


-Pertunjukkan gerak tempur guna belantan oleh Pasukan berunifom merah


-Pertujukkan pancutan air warna warni oleh unit pancut pancut  F*** U.


-Persembahan bunga asap

 

-Pertandingan sukan rakyat - Main kejau kejau,Tangkap masuk jel, Tangkap hentak dan tangkap muat


-Ceramah motivasi oleh pegawai berpaku dari unit bajumerah dan bajubiru


-Gerai gerai yang menjual cenderahati seperti gogle, bajuhujan, payung dan bekas

  peluru bom asap yang telah digunakan.


Datanglah beramai ramai.makan minum disediakan tapi bayar sendiri!!


PENAJA UTAMA:


TV3(0.25)


PENTING!!!

Pengunjung adalah dinasihatkan untuk membawa gogle, payong atau bajuhujan, tuala dan bertong tong air untuk bekalan sendiri!!!


Sikit lagi tentang katak..




Katak kat Perak, ketakutan, tak tentu arah dan tak tahu nakgi mana..





Katak masuk gerombolan!!