Monday, May 11, 2009

Kerusi terpanas di dunia!

Di dalam satu perkembangan yang terkotor dalam sejarah hasil permainan dan percaturan politik Presiden UMNO Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Semalam, Najib telah mengumumkan berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dan pada hari sebaik sahaja difailkan permohonan, dan di dalam keadaan yang amat luarbiasa seolah-olah seperti mendapat arahan pihak tertentu dan memenuhi kenyataan awal Najib yang menyatakan “kita akan selesaikan segala masalah” Mahkamah Rayuan telah terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

****Cilok dari Kelab Greenboc***


Kejap dapat kejap xdapat. Semalam haram hari ni halal.Semalam Mb, hari ni bekas MB!!
kerja bodoh apele ni.Oii!! Udah udah le tu.Proses ni menyusahkan banyak orang. Kejab masuk pejabat, kejab kena pindah keluar.Ini kerja budak budak tadika main masak masak. Orang dah boring dan meluat tengok!!
Kata akur dgn keputusan mahkamah,yg pegi buat rayuan tu buat hape. Dah terang lagi nak bersuloh. Orang suloh tempat gelap supaya jadi cerah.Yg pegi suluh kat bulan tu buat apenye!Bulan tu dah tentu cerah tak payah menyusah diri nak suloh!!!
Bawak bawaklah mengucap.Balik rumah, buat kopi tongkat ali susu kambing pas tu relak tengok tv.Malam Jumaat pakat ramai ramai bunoh setan!!
Macam cerita P.Ramlee pulak. Mahkamah bersidang, keputusan segera dapat. Ade pakai suis on/off ke ape?

Ketinggalan zaman

Sementara itu dalam ucapannya di Washington semalam, Asif Ali berkata kerajaan Pakistan akan mengambil alih semua madrasah di negara itu bagi memisahkan pelajarnya daripada ekstremis serta memperkenalkan pendidikan moden dan Islam.

Beliau berkata, kerajaannya sudah mengambil keputusan untuk memperkenalkan pembaharuan dalam sistem madrasah dan membawanya ke dalam sistem kerajaan.


***Kat Malaysia dah lama buat dah!***

Ulau!!ulau!!!

TAIPEI: Seorang lelaki dipatuk ular sebaik duduk di mangkuk tandas untuk membuang air di tandas rumahnya.

“Sebaik duduk, tiba-tiba dia berasa sakit seperti dihiris dan segera berdiri. Apabila melihat ke bawah, dia nampak seekor ular besar,” lapor akhbar China Times.

Lelaki berusia 51 tahun itu hanya cedera ringan, kata pengarah Hospital Puli Christian, dan dibenarkan keluar sebaik melepasi risiko jangkitan.

**Bhairan**

Alamak ai! Ulau ape ni? Ade jugak ulau melingkau dalam mangkuk tandas.Inilah agaknya yang dinamakan ulau mangkuk! Itu cerita kat Taipei, kat Malaysia pulak ulau melingkau kat mana mana. Yang terbaru sekali ulau melingkau kat dalam DUN Perak. Hati hati oi, nanti terpatuk telo!!!

Mari menyanyi!

(Sila nyanyi ikut lagu 10 budak hitam)

10 budak hitam
main dalam dewan
satu jadi haram
yang tinggal 9

bercahya bukan api
berkelip bukan bintang
dacing dan biru tolak tepi
Bulan dan hijau nak datang

Sorong papan tarik papan
buah keranji atas peti
Rampas kuasa disegerakan
Undang undang negeri dia tak reti

10 budak hitam
main atas jalan
MB dah jadi haram
tak boleh nak bersidang!!

Kambing doh jupe!

Ahmad Ramzi hadir di balai polis, dipercayai beri keterangan 12:01pm

KUALA TERENGGANU 12 Mei – Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hari ini, dipercayai untuk memberi keterangan....

**Utusan Meloya**


Tak payah cari lagi dah jumpa dah. Kita tunggu tengok bertukar warna ke tak.
Guano mung! Oghang dok cari banyok ari doh. Mung nusuk alek ghok mane?
Ko mung lari ko hujang!!! Mung tok mbhoh gi balai polih tu nape?

Polis sibuk

Kanak-kanak dipercayai diculik malam tadi 

ditemui mati


IPOH 11 Mei - Polis menemui mayat seorang kanak-kanak 

lelaki berusia tiga tahun di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, dipercayai mangsa 

culik yang dilaporkan hilang oleh bapanya malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan 

berkata, mayat Lee Li Xuan ditemui tersangkut di ranting 

kayu oleh beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.


Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian 

menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya, dan mayat itu kemudiannya dihantar ke 

Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. 


Katanya, sebelum kejadian bapa kanak-kanak itu Lee Boon Chung, 25, membuat laporan polis mengatakan anaknya 

dilarikan oleh seorang lelaki berbangsa India semasa 

anaknya itu sedang menyaksikan satu pertunjukan 

pentas di sebuah taman berhampiran rumah datuknya 

di Bagan Tiang pada pukul 10 malam tadi.


Menurutnya, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya. - Bernama


****Polis sibuk dok jaga SUK dan DUN. Tak cukup kakitangan nak urus benda lain***

Kasut bundle laris kat Perak

Wartawan tak rasmi melapurkan peniaga peniaga kasut bundle sedang mendapat'durian runtuh' kat Perak. Dari temuramah rambang orang ramai yg berpusu  pusu di premis menjual kasut bundle mendapati bahawa orang ramai mula menyerbu premis bundle sejak dari petang tadi. Apabila ditanya untuk ape kasut kasut itu dibeli, seorang pengunjung memberitahu ia sebagai persediaan untuk menyambut beberapa orang selebriti kelahiran Perak yg tengah top dan menjulang namanya di persada tanahair sejak petang tadi.Tambahnya lagi, apabila terjumpa dengan selebriti selebriti ini, peminat peminat akan membaling kasut kasut bundle yg di beli itu ke muka mereka mereka ini. Walaupun nampak kasar, itulah tanda terima kasih mereka kepada selebriti itu kerana telah menaikan nama Perak di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.

Kita ucapkan selamat membaling kasut kepada rakyat Perak!

Ooooongggg!Ooonnngggg!Oooongggkh!!!

Kambing

Sekor lagi kambing akan bertukar kewarna hitam kat Terengganu.
Kalau sesiapa ternampak kambing ni merayau kat mana mana sila bawa ke balai polis terdekat dengan seberapa segera. Tindakan segera polis akan menghalang kambing ni dari bertukar tukar warna atau terus bertukar menjadi katak seperti kat Perak!!!

Oonngggg!Ooonnnggg!Ooooonnngggggg!!!
Mmmmbbbeekkkk!Mbbbeeekkkkk!!!

Katak oh katak

Katak oi katak
mengapa kau panggil hujan
macamana tak panggil hujan 
Mb dah takde lagi
Mb dah tak de lagi

Mb oi Mb 
Mengapa kau tak de lagi
Macamana nak ade lagi
Mahkamah dah buat keputusan
Mahkamah dah buat keputusan

Mahkamah oi mahkamah
Mengapa buat keputusan
Macamana tak buat keputusan
Dia Mb haram
Dia Mb haram!!!

Maka terkial kial lah beberapa ekor katak yang ade kat Perak.
Oooonngggg! Ooonnnggggg! Ooonnnngggg!!