Kayo!Kayo!

Monday, April 13, 2009

Mari berpantun

Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokan
saya pengundi ameno tegar
kalau nak menang 'hulur hulurkan'

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan laju dia makan
suruh mengundi dia buat tak tahu

Pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
lepas mengundi yb tak jengah
Bila ada projek segera dia nak juga

pisang emas bawa belayar
masak sebiji diatas peti
cakap perubahan berdegar degar
satu pun tak jadi, buat menyakitkan hati

yok yok yok
ayam jambul emas
mu kata kat aku berok
mu katak dok tengah panas

Kah!Kah!Kah!
Kih!Kih!Kih!
Kalu nak suruh pangkah
Bagi aku banyak pitih.

buai laju laju
sampai cucur atap
muka tutup dengan baju
supaya jurugambar tak boleh ketap

buai laju laju
sampai seberang sana
apa dalam baju
sekeping gambar perempuan cina

kalau nak gugur gugurlah nangka
jangan menimpa sipohon petai
kalau nak bunuh bunuhlah saja
jangan di C4 badan berkecai

Pisang emas dimakan mentah
Hangus rentung si pisang kapas
Itulah magic nafsu serakah
engkau tergantung, aku terlepas!

Gadget baru (mesti tonton!)

Jampi Pak Dukun

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang! Adakah diantara mambang mambang yang ada yg bernama Siti Aminah @ Altantu...? Kalau ada antara mambang yg bernama itu tunjukkanlah diri dan berceritalah tentang mati. Adapun yg masih hidup masih tercari cari dan masih menanti cerita siapa yg punya angkara sebab mati dan apa pula sebab musababnya.

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang! Bangkitlah dari kubur dan merayaulah sampai United Kingdom! Carilah siapa yg punya onar membuat si Siti Aminah mati. Ikutlah si pengkhianat itu walaupun perlu ikut buat Phd.

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang!
Bangkitlah menjadi hantu walau disiang hari. Hantuilah si pengecut yg membuat Siti Aminah mati. Carilah di depo senjata mana yg bocorkan C4 bom berapi. Hambatlah si durjana yg hancurkan tubuh Siti Aminah. Masuklah politik biarpun terpaksa jadi PM satu hari. Sakatlah si penipu yang buat Siti Aminah mati!!

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang!
Tanyalah pada yang kena hukuman mati. Siapa ketua siapa kepala yg arahkan mati. Suruhlah tobat sebelum tali mengikat leher. Bocorkan rahsia tentang Siti Aminah mati. Nescaya aman membawa diri. Disana ada bidadari menanti. Janganlah mati seperti katak kat tepi. Biarlah berbudi bila nak mati. Janganlah jadi katak tak kenang budi. Atau katak yang telompat lompat seorang diri. Kat Perak dah ada janganlah ada lagi!!

Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin ,mambang segala mambang!
Sumpahlah si pembunuh hingga tujuh keturunan dan simpul mati!

Pooh kiri! Poooh kanan!Poohh didepan!Pooh di belakang!
Bila nak ada PRK lagi! Mambang Siti Aminah takkan berhenti.Mucul ia tiap kali mengundi!!

Cobaaaaannnn....cobaaaaaaannnn....cobaaaaannnnn!
Cobaan kepala hotak kau!Ini betul betulah bukan cobaannn!