Monday, December 5, 2011

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA





ALLAHUAKHBAR!!!

JENAZAH SHAHID SELEPAS DIKEBUMI 22TAHUN


MASYAALLAH!!

Thursday, October 27, 2011

HUDUD TIDAK ADIL??

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,”
kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.


Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Tuesday, October 25, 2011

IKLAN BEG TANGAN BIRKIN!!



UNTUK ISTERI YANG SAYANG SUAMI!!
DAPATKAN SEKARANG!

TG. NIK AZIZ WAHABI??Ustz. Azhar Idrus...tengok sampai habis!!!



LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

iPHONE 5???




AKU NAK BELI 5 BIJI!!!

Wednesday, August 31, 2011

Tuesday, August 16, 2011

WOIII! AKU MASIH DARA LAGI LA...OOWWWW!!!!

KALAU KAU TAK PERCAYA, KAU TANYALAH AKU!

CERITA LANJUT DISINI

Sunday, July 24, 2011

NGOK SUNGGUH!!!



WAJA YANG LANGGAR LA , BUKAN PAJERO.TAK DE BACA KA!!!
NGOK YANG TAK BOLEH DITOLONG LAGI!!

Thursday, July 21, 2011

KAPAL SAPE PULAK NI!

 

HARGA USD 5 BILLION = RM14 BILLION
WOI..! KAYA BETUL DIA NI
DUIT JUMPA DALAM TANAH KE!!!

BERITA LANJUT DISINI

Friday, July 15, 2011

GAMBAR TERBAIK!!


KUNING WARNA DIRAJA!!

Wednesday, July 13, 2011

KONDA KONDI



DINDAAAA...AAA...,
KANDA RASA NAK PAKAI CINCIN RM74 JUTA LA...
BOLEH KE DINDA???

OHH.......ITU BISA DI ATUR.MINGGU DEPAN KITA PEGI AMERIKA ATAS URUSAN RASMI KERAJAAN.KAT SANA NANTI KANDA PILIHLAH YANG MANA BERKENAN.ODER JE....
SOAL DUIT TU NANTI KITA PIKIRLAH HARTA KERAJAAN YANG MANA PULAK KITA NAK LINGKUPKAN...1


KAH,,,KAH,,,,,,KAH!

Monday, July 11, 2011

INI BUKAN DI GAZA!!

INI BUKAN DI GAZA. INI BUKAN KEKEJAMAN ISRAEL!!!
INI PESERTA BERSIH 2.O.DALAM KESAKITAN DENGAN TANGAN TERIKAT KEBELAKANG.
MANA POLIS YG MESRA ORANG AWAM?

POLIS TAK KEJAM.POLIS BERTINDAK SECARA PROFESIONAL!!
HABIS TU ORANG INI IKAT TANGAN DIA SENDIRI!!!



SEKALI LAGI, POLIS BERTINDAK SECARA PROFESIONAL!!


KHAKKK!!!PTTTUIIIHHHHHH!!!
KHAKKK!!!PTTTUIIIHHHHHH!!!
KHAKKK!!!PTTTUIIIHHHHHH!!!


CELAKALAH BAGI ORANG ORANG YANG MELAKUKAN KEZALIMAN!!!!!

Thursday, June 23, 2011

MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU?

LANGKAH PERKASA BAHASA MELAYU - meloya

Penggunaan bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa diharap dapat dilaksanakan tahun ini dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

Ia merupakan antara langkah yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan untuk memperkasakan bahasa Melayu, selain digunakan dalam surat-surat rasmi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan swasta.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, Mohd. Puad Zarkashi berkata, cadangan-cadangan itu akan dibawa kepada makluman Kabinet terlebih dahulu sebelum pekeliling mengenainya dapat dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Tidak salah untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam persidangan antarabangsa termasuk dalam penyampaian ucaptama kerana penterjemah disediakan untuk para peserta.




MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU??
SAMA MACAM KETUANA MELAYU PERKASA!!!


KHAKKKK!!!PTTTTUIHHHHHH!!!!

Monday, May 16, 2011

MALAYSIA AL-KARTUNI

ANWAR DIARAH BELA DIRI
SAIFUL SAKSI BENAR
BERSEDIA UNTUK KENAIKAN HARGA BARANGAN
BERSEDIA UNTUK KENAIKAN RON95
BERSEDIA UNTUK GULA TANPA SUBSIDI
BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA 13
BERSEDIA UNTUK BERJIHAD MELAWAN KRISTIAN
BERSEDIA UNTUK HUMBAN GEROMBOLAN!!!


KAH!KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!KAH!

KALAU DIKATA BODOH MARAH
KALAU DIKATA BANGANG NAIK DARAH
ORANG GANTUNG BANNER DIPUKUL MACAM SAMSENG

SESIAPA YANG ADA KAD AHLI GEROMBOLAN TAK PERLU RISAU
TUNJUK AJE KAD AHLI, TENTU DAPAT HARGA MURAH DENGAN
POTONGAN HARGA 110%!!!

SUBSIDI BARANGAN AKAN DI KONEKSASIKAN!!!!

HIDUP GEROMBOLAN!!!

Wednesday, April 27, 2011

MARI KETAWA LAGI! VIDEO PORNO SI PERUT BUNCIT!!


KALAU INILAH SUSUK TUBUH DS ANWAR IBRAHIM MAKA BOLEHLAH JUGA DIKATAKAN BRITNEY SPEARS ITU MASIH ANAK DARA SUNTI!!

KETAWA LAGI
 KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

KHAKKKKPTTUIIIHHHHH!!!
FITNAH TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN!

Melayu makin bangang!!!

DUNIA MAKIN MAJU, TEKNOLOJI MAKIN CANGGIH, MELAYU MAKIN TERKEBELAKANG.TERUTAMANYA MELAYU GEROMBOLAN!!!


HIDUP KETUANAN TELAN DAN TELAN!!!!




IPHONE 6????


GEROMBOLAN AKAN GUNA ALAT CANGGIH NI UNTUK BUAT FILEM PORNO VERSI 2!! TUNGGUUUU!!

Saturday, April 16, 2011

Bahagianya Jadi Orang Politik!!!

AKU PUN NAK JADI WAKIL RAKYAT DAN SETERUSNYA JADI KETUA MENTERI!!






ESOK DAH JADI KETUA MENTERI, AKU NAK PINANG PARIS HILTON BUAT BINI!!

Friday, April 15, 2011

HABISLAH PR!!

SOKONGAN KAUM CINA KEPADA PEMBANGKANG MENURUN - meloya

GUA MUSANG 15 April — Penurunan sokongan pengundi Cina terhadap parti pembangkang dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata perubahan itu jelas menunjukkan kaum Cina semakin menolak pembangkang kerana tidak membawa kemajuan kepada mereka.

Lee yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat MCA yakin sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Merlimau dan Tenang, yang melebihi 50 peratus, akan terus kekal untuk PRU akan datang.

"Malah, kami yakin pengundi Cina akan terus bertambah berikutan kekuatan pemerintahaan kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak yang melancarkan gagasan satu Malaysia untuk semua kaum di negara ini.


PENGUNDI CINA RAMAI RAMAI DATANG MENYATAKAN KEBENCIAN MEREKA KEPADA PEMBANGKANG!
SEDIH TERAMAT PILU SEKALI!!












TERKINI!!TAIB KEKAL, SARAWAK TUMBANG!


BERITA TERKINI!

TAIB MAHMOOD KEKAL BERSAMA BINI MUDANYA DAN POKOK POKOK BALAK TERUS TUMBANG DI SARAWAK!!


KAH!KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!KAH!

Sunday, March 13, 2011

Saturday, February 26, 2011

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Bank negara naik lagi insurans premium kenderaan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

“Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan Sektor Kewangannya, Abdul Rasheed Ghafur. Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Abu Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang kepentingan serta pandangan majlis ekonomi mengenai perkara berkenaan.




NAIK LA BANYAK MANA PUN AKU TAK KISAH!!!


KAH!KAH!KAH!KAH!


KAH!KAH!KAHAH!KAH!


KHAKKKKKPPPTTUIHHHHHH!!!

Tuesday, February 22, 2011

BERITA GUMBIRA!!!

Menteri 'ape entah' berkata:


"Siapa kata harga RON95 akan naik? Itu khabar angin. Setakat ini tidak. Saya tidak mahu jadi tukang nujum pula, setakat ini kerajaan sedang melihat secara keseluruhan kerana untuk menjimatkan belanja bukan hanya dengan cara menaikkan harga minyak.

"Banyak cara dan opsyen lain boleh dilakukan supaya tidak membebankan rakyat berikutan kenaikan harga minyak dunia yang terlampau tinggi ketika ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Pelaksanaan Projek EPP3-Permodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika kerajaan menaikkan harga minyak, harga barang lain akan naik lebih tinggi dan begitu juga jika kerajaan tidak memberi subsidi untuk petrol, diesel serta empat produk makanan kawalan, harga kesemua itu akan jauh lebih tinggi dari sekarang.

Mengenai setakat mana kerajaan boleh bertahan tidak menaikkan harga petrol, beliau berkata:

"Saya tidak boleh jawab kerana semakin lama bertahan, semakin besar tanggungan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan."

Katanya, keadaan itu mungkin menyebabkan projek-projek yang sedang dijalankan tidak dapat diteruskan kerana hendak menampung subsidi.

"Kalau harga minyak terus naik seperti sekarang, tanggungan subsidi akan mencecah RM14 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kos itu akan meningkat kepada RM14 bilion.


PERCAYALAH PADA KU.AKU TAK PERNAH MENIPU!!




KAH!KAH!KAH!KAH!
KHAKKKKPPTTUIHHHH!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

1 HERO TAMIL, 1 HERO HINDUSTAN!!


ADA IRAS!
SHAHRUK KHAN DAN SHAHRUSTAM
KAH!KAH!KAH!

Wednesday, February 2, 2011

JAWAPAN UNTUK TUN MAHATHIR

TGNA: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Saturday, January 29, 2011

Arwah sotong paul buat ramalan!! `

KATA ARWAH SOTONG PAUL,
CIKGU MALA AKAN MENANG DI TENANG!
KATANYA LAGI, ADA VVIP MALAYSIA SEDANG MERANCANG RANCANG NAK LARI KE ARAB SAUDI!!


KAH!KAH!KAH!KAH!


LARI!LARI! DACING DAH NAK PATAH!!

Saturday, January 22, 2011

Sunday, January 16, 2011

COMING SOON! SNAKE IN THE FROG SHADOW THE MOVIE!!!



FILIM ARAHANG ABANG BRAHENG!!

Mari berseloka!!!

Anak badak diatas katil
Anak dugong tidur mengangkang
Bangun pagi terkebil kebil
Nak sesuap nasi nak patah tulang belakang

En Yatim kerumah Rais
Jalan gelap nampak kelam
Rakyat nak makan terkais kais
Dia tu sewa bilik RM100K satu malam!

Roben itu sedara Ngah
Bapaknya pulak penjaga gol
Nampak jalan pun termengah mengah
Betul ke dia tu boleh merogol?

Hajat hati nak kegunung daik
Nak cari rotan beruas ruas
Harga barang mana ade naik
Cuma RM kita cuba selaras

Jib dan Din adalah sepupu
Dua dua tokey main kutu
Hari hari duk kena tipu
Yang sedih dan pilu melayu pulak tu!!

Pegi Monggolia tipu bini
Niat pegi nak rayu rayu
Selamanya, dulu dan terkini
Yang kena melayu, yang menipu lagi melayu!!!

BUDAK HILANG INGATAN...



CHERAS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui merayau dalam keadaan lemah dan pakaiannya kotor di sekitar Damai Perdana, Cheras, di sini malam tadi. 


CERITA LANJUT DISINI

KATAK LEPAK BELAKANG ULAR!!





"Fenomena yang menarik ketika Banjir besar yang berlaku di Queensland.
Jurutera komputer, Armin Gerlach telah melawat kawan-kawannya ketika banjir
 melanda di kota Dalby minggu lepas dan berpeluang melihat sikap haiwan yang 
jarangan terlihat." 


CERITA LANJUT DISINI.






KAT MALAYSIA DAH LAMA DAH BERLAKU.


SIAPA 'KATAK',  SIAPA 'ULAR'!!!

Friday, January 14, 2011

Rakyat yang didahulukan....ye le!



RM100K TU MAKNANYA RM100 KILO!!!!

Untuk renungan

 

APABILA DATANG BENCANA DARI TUHAN, TIADALAH 
DAYA KITA UNTUK MELAWAN
WALAU SEBESAR ATAU SEKUAT MANA PUN KITA!!!

Friday, January 7, 2011

CIS!!!DURHAKA KAU!!!


BETA JATUHKAN HUKUMAN SULA SAMPAI TERBERAK KEATAS KAMU WAHAI PENDERHAKA!!!

SATU LAGI KERJA SIA SIA, BUANG KARAN!!!

NAJIB : RCI WILL NOT PROBE CAUSE OF DEATH - mkini

A royal commission of inquiry (RCI) has been established to probe whether Teoh Beng Hock's human rights were violated when he was grilled by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“I promised on July 17, 2009 to set up the RCI. The terms of reference of RCI will be specific - to investigate MACC's investigation procedures and whether it had violated human rights,” said Prime Minister Najib Abdul Razak during a press conference in Putrajaya. 




ORANG NAK TAU MACAMANA DIA MATI, BUKAN 


MACAMANA MACC SIASAT!!!




INI SURUHANJAYA TELAN!!




SEDIH DAN PILU , DAH LA BODOH, KENA TIPU LAGI!!!


MELAYU PULAK TU!!! 


KAH!KAH!KAH!KAH!!!!

Thursday, January 6, 2011

INI BETUL PUNYA ANTI ISRAEL!!!!

CERITA DARI WIKILEAK


RAKYAT MALAYSIA WAJIB BACA. 
BESOK SENANG NAK CERITA KAT ANAK CUCU BETAPA PEMIMPIN MALAYSIA
TERAMAT ANTI ISRAEL!!!!


CERITA PENUH DISINI

Tuesday, January 4, 2011

Naik lagi!!!

YAHOOOOOO!!!!!


RON97 NAIK LAGI 10SEN!!!




CELAKO!
BEWOK!!
CIS!!!!!
PTTTTUUUIHHH!!!