Friday, March 27, 2009

Kisah 4 ekor katak

Di tepi sawah disebuah negeri di utara semenanjung kelihatan 4 ekor katak sedang menikmati hidangan sebakul lalat yg dihadiahkan oleh seorang (seekor) pembesar katak. Katak yang bergelar 'kepala katak' tiba tiba bersuara (berbunyi) "ong...ong..oongg!".Maka sahut dua ekor katak jantan (katak puru) serentak "Ooong..Oonnnng!"."ONG!ONG!ONG!"(KAH!KAH!KAH!) ketawa tiga ekor katak tersebut serentak. Katak betina yg dari tadi memerhatikan gelagat katak katak jantan itu tiba tiba bersuara "Ong..eeekkk...ong...eekk!."ONG!ONG!ONG!" katak jantan ketawa lagi. "Eng!Ong!eeng!Ong!!.Jerit sikatak betina. Katak jantan bertiga masih tidak memperdulikan si katak betina.Tiba tiba terdengar jeritan "Eeeengggg!!!!erk!. Tanpa disedari oleh keempat empat katak tersebut,sekumpulan lembu lembu yang becucuk hidung masing masing , melalui tempat sikatak beristerihat. Lembu lembu itu macam tergesa gesa seolah olah dalam keadaan takut atau sedang lari dari sesuatu. Kerana tak sempat menyelamatkan diri, ke empat empat ekor katak tadi penyek di pijak lembu lembu yg sedang dalam ketakutan itu. Sungguh menyayat hati.Katak katak itu terbunuh dalam keadaan yg sungguh mengerikan.

Khabarnya lembu lembu itu lari ketakutan kerana di kejar oleh orang kampung yang marah kerana lembu menceroboh dan memusnahkan tanaman penduduk disitu. Di khabarkan juga beberapa ekor kambing bewarna hitam juga sedang diburu oleh orang kampung.!