Monday, March 23, 2009

Polis musnahkan sebutir bom di Bukit Gantang!

Harakahdaily:

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) � Skuad Pemusnahan Bom Polis Perak telah meletupkan sebutir bom yang ditemui di sebuah bukit terpencil, Kampung Cheh, Bukit Gantang dekat sini jam 10.00 pagi semalam.


 



Dalam tinjauan Harakahdaily di Kampung Acheh pagi ini telah diberitahu bahawa sepasukan anggota polis tersebut telah memusnahkan sebutir bom lama di percayai tinggalan tentera Jepun sebesar 'peluru senapang mortar' dengan meletupkannya di sebuah hutan terpencil dekat sini.

Menurut seorang penduduk Kampung Acheh yang tidak mahu di kenali pihak polis mengesahkan bahawa bom lama telah digugurkan semasa perang zaman Jepun dahulu tetapi ianya tidak meletup.

Adalah difahamkan oleh beliau bahawa pada mulanya bom berkenaan dijumpai oleh seorang pemancing ikan ketika mencari cacing di Kg. Bangol Rendang dekat Bukit Gantang jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Kemudian, pemancing itu pergi menemui rakan-rakanya untuk mengesahkan sama ada barang yang ditemuinya adalah sebutir bom lama.

Kemudian penduduk Kampung Acheh melaporkan kepada polis di Changkat Jering berkenaan terjumpanya bom lama zaman Jepun itu. - azm _