Monday, April 20, 2009

Projek..projek bodohkan melayu!

******************************************************************************************
KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat) membantah hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di sekitar ibu negara kerana ia merupakan tanah rizab Melayu.

******************************************************************************************

Cantik sangat la tu. Bangunkan semua kg tu dan suruh makcik dan pakcik kat situ belajar bahasa inggeris supaya senang nak ajar anak cucu yg terlibat dengan PPSMI kat sekolah. Lepas tu buat carefour, tesco dan pasaraya besar banyak banyak supaya orang kg tu tak payah buat kerja kg lagi.Peluang kerja sebagai pengutip troli dan tukang sapu tentu bersepah. Along along dan ceti mesti gumbira kerana lepas ni tentu ramai yg nak hutang sebab nak tampung keperluan hidup dan nak jaga ego. Aiii, cakap orang putih berabok takkan nak naik kapcai! Kurang kurang Exora! Tak ape sedara along ade, bole pinjam buat bayar muka.