Wednesday, June 17, 2009

Kayo!!!

K’tan Tuntut Royalti Minyak RM1 Bilion

Wednesday, 17 June 2009 • Kategori: Berita SemasaBerita UtamaNasional

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama.


*** Kayo...!!! kayo!!! aku kayo!!!. Mana datangnya minyak ni? Tak tau pun kat Kelantan ade minyak. Gali sorok sorok ke?

Bunyi macam projek nak tipu rakyat je!