Tuesday, July 7, 2009

Warkah untuk kekasih

Kehadapan adindaku yang jauh dimata.

Dinda,

Setelah sekian lama kanda tidak menghantar berita kepada adinda disana,hari ini kerana sebak yg tak tertanggung kanda gagahi juga untuk menulis warkah ini untuk tatapan adinda. Kanda memohon jutaan maaf kerana telah sekian lama menyepi.

Dinda,

Adapun kanda menulis warkah ini adalah untuk memaklumkan kepada  dinda bahawa kanda mungkin tak dapat lagi menemui adinda untuk memadu asmara seperti lazimnya kerana roadtax kereta cabuk kanda yang dinda sedia maklum itu mungkin tak dapat diperbaharui lagi selepas ini.Ini kerana umur kereta itu pun sudah tua dan nilainya mencecah rm500 sahaja!!

Seperti yg dinda tahu syarikat insuran tidak lagi sanggup menanggung kerugian disebabkan kereta kereta murah dan yang seangkatan denganya.Untuk bertemu adinda dengan menaiki bas pun  kanda rasa dah tak termampu lagi kerana kenaikan tambang dan dengar khabarnya akan naik lagi.Nampaknya semua bisnes mengalami kerugian kecuali bisness air kelapa kanda yang tak rugi rugi.

Dinda,

Sungguh banyak dugaan dan rintanganya kisah kasih kita ini.Dalam sehari dua ini kanda asyik menyayi lagu 'demo ni ore tino' je.Lagu tu ciptaan eddie hamid.Entah ape kena mengena dengan kita, kanda pun tak pasti.Mungkin akibat cerita insuran ni lah gamaknya! Buat masa ni kanda sedang memikirkan untuk membeli sebuah basikal model terbaru untuk kemudahan kanda menemui dinda nanti.Kalau pakai basikal, tak payah fikir pasal insuran,roadtax dan minyak lagi.Tapi tak tahulah kut selepas ini kerajaan akan mengkaji untuk mewajibkan penunggang basikal mengambil perlindungan insuran pulak!!

Setakat inilah sahaja yg dapat kanda coretkan untuk tatapan adinda.

Wassallam.