Tuesday, March 31, 2009
Alkisah....
Maka telah diwar warkan kepada rakyat jelata akan hari dan tarikh majlis mengadap itu. Tok Mentuya sangat gumbira dan tak sabar menunggu hari beliau akan di tabalkan menjadi Memanda Menteri negeri Serbaboleh. Selain Tok Mentuya yang turut bergumbira adalah lembu lembu, kambing dan katak katak yang menjadi belaan Tok Mentuya itu. Akan tetapi dalam ramai ramai itu hanya seorang saja yang di ceritakan orang, paling gumbira iaitu isteri Tok Mentuya. Di kenali dengan panggilan manja Bik, dia rasa dialah orang yang paling bertuah sekali! Sudah lama dia mengidam untuk menjadi isteri seorang Memanda Menteri.Kali ini hasrat akan kesampaian. Pegi mamposlah dengan orang orang yang selama ini mengutuk beliau. Pegi jahanamlah dengan kelompok kelompok yang menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran.Bahkan ada yang berani mengaitkan beliau dengan kejadian gempabumi dinegeri Serbaboleh itu! Sekarang semua akan tahu siapa dia. Semua akan tahu power ape yg di milikinya. Selepas ini takde lagi orang yg akan berani menggelarkanya sebarangan. Dunia akan tahu siapa dia! Esok dia akan tebalkan lagi mekap di muka dan haluskan lagi bulu keningnya!
Setelah sekian lama menunggu, maka tibalah hari yg dinantikan. Pagi pagi lagi Memanda Menteri yg tua telah bersiap siap untuk keistana. Keris dan tanjak yg telah lama disiapkan itu dipakai rapi. Dipihak Tok Mentuya bakal Memanda Menteri, dia telah lama bersiap. Sebelum subuh lagi dia telah bangkit untuk bersiap siap kut sultan memangginya ke istana hari itu juga.
Isteri beliau yg dikenali sebagi Bik itu rupanya dah lebih awal siap sedia. Menurut dayang dayang, Bik dah siap sejak pukul 3 pagi lagi!
Setelah semuanya sedia Memanda Menteri yg tua pun berangkat lah ke istana untuk mengadap sultan. Tok Mentuya pun mengerahkan sepuloh orang hulubalangnya untuk mengiringi Memanda Menteri keistana. Adapun tujuan Tok Mentuya menghantar pengiring adalah supaya berita dari istana itu cepat sampai ketelinga nya.Diperintahkan sepuluh hulubalang itu melapurkan berita dari istana bergilir gilir, macam siaran langsung lagaknya!
Setelah agak lama menunggu, berita pertama pun sampai dari istana. Hulubalang melapurkan majlis mengadap sedang berlangsung. Hulubalang yg seterusnya juga memberi lapurang yg sama.Tok Mentuya makin gelisah.Isterinya Bik, sejak dari tadi asyik kehulu kehilir didalam rumah dengan memegang sebuah cermin muka. Tiga jam sudah berlalu, namun kelibat Memanda Menteri tua belum kelihatan keluar dari balai mengadap. Tiba tiba Tok Mentuya dikejutkan oleh hulubalang yang datang membawa berita dari istana. Tercungap cungap hulubalang itu kerana berlari kencang dari istana untuk menyampaikan berita terkini itu.
"Sultan tak perkenan! Sultan tak perkenan!!" Jeritnya dalam nafas yg semput semput. Tok Mentuya terduduk kat kerusi dengan mata terkebil kebil.Sepatah haram pun tak keluar dari mulutnya. Manakal si Bik terus terpaku kat situ dengan tangan masih memegang cermin muka!
Esoknya heboh satu negeri Serbaboleh akan berita sultan yg tak perkenan Memanda Menteri yg tua meletak jawatan. Akan Tok Mentuya dan isterinya Bik, diceritakan orang mereka berdua pergi bercuti entah kemana. Tetapi menurut orang orang yang dekat dengan beliau, mereka pergi berjumpa dukun profesional dinegeri Almonggol. Akan sebab mereka berdua kesana adalah kerana seorang dukun tempatan memgatakan bahawa Tok Mentuya dan isterinya Bik, sedang di sialkan oleh seekor hantu perempuan yg sedang menghantui setiap langkah Tok Mentuya! Seorang dayang dirumah Tok Mentuya menceritakan dia melihat Tok Mentuya dan isterinya Bik, tergesa gesa berangkat dengan membawa dua beg besar. Tok Mentuya ketika itu masih memakai tanjak dan keris manakala Bik masih memegang cermin muka tapi dengan rambut yang kusut masai!!
Begitulah diceritakan orang adanya!
Sunday, March 29, 2009
Rosak demokrasi
Demokrasi yang mana satu ni?
Kenyataan yg tak masuk akal didalam sebuah negara yg mengamalkan demokrasi!!
Ini tentu kes terlebih PPSMI!!!
Berita gempar!!!
RTM1
Habislah PKR.Menjelang hari mengundi nanti habis ahli PKR keluar parti!
Nampaknya PR akan kalah terok di ketiga tiga PRK kali ni.Sebab tulah BN optimis akan memenangi prk ini.
Nampaknya hantu Altantuya dah kena halau dek pawang profesional dan tak lagi menghantui rakyat Malaysia!!
Kah!kah!kah!kiooook!!!!
Friday, March 27, 2009
Kisah 4 ekor katak
Khabarnya lembu lembu itu lari ketakutan kerana di kejar oleh orang kampung yang marah kerana lembu menceroboh dan memusnahkan tanaman penduduk disitu. Di khabarkan juga beberapa ekor kambing bewarna hitam juga sedang diburu oleh orang kampung.!
Pencuri! pencuri!
Former premier Dr Mahathir Mohamad today shredded the Umno Youth movement to pieces for electing Khairy Jamaluddin as their head.
** Seorang guru mencuri sedang memarahi anak murid pencurinya kerana telah mencuri wang yang baru di curinya!!!*****
Pok!pok!pok! Tepok! tepok!
GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai.
Beliau yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, Johor, jam 11 malam kelmarin.
** Cepat dan cekap sungguh SPRM! Sempat jugak di pintas si Farus tu!
** tepok...tepok...tepok..!!!
Errr.... encik Fairus nak gi mana tu??
Me spik inglis litle litle
Cyber warrior, red warrior dan black goats and cows!
Nak boh kaler apa pulak cyber warrior ni. Kat Perak dan Kedah dah bersepah red warrior. Warna hitam dah ditempah khas untuk kambing dan lembu. Pakai warna kelabu kot!!
Patutnya cyber warrior diwujudkan untuk menangani gejala menghina ugama dan menghina nabi.Itu lebih penting.Bukan untuk menangani apa yg dikatakan fitnah cyber! Yang peliknya fitnah fitnah cyber ini tak pernah berjawab oleh yg empunya diri.
Agaknya cyber warrior yg nak di wujudkan ini pakai belantan, semburan kimia dan pemedih mata jugak ke? Kalau macam tu, habislah komputer aku!!
Khutbah Jumaat 27/3
".......Tatkala kita umat islam disini bersembahyang Jumaat didalam suasana aman dan tenteram,jangan kita lupa ada saudara saudara kita yg. bersedih kerana kehilangan orang tersayang, bersedih kerana kehilangan anggota badan akibat bom yang digugurkan oleh zionis...."
**Kadang kadang terfikir juga apakah sumbangan aku kepada saudara saudara islam ku di Palestin ? **
Wednesday, March 25, 2009
Sah ketua pemuda umNO ialah..
update ketua pemuda..
Ketua pemuda..siapa pulak jadi pendekar ?Kita lihat sapa yang kenaaa..!
Ketua wanita umno!
Monday, March 23, 2009
Terkini
Polis musnahkan sebutir bom di Bukit Gantang!
TAIPING, 23 Mac (Hrkh) � Skuad Pemusnahan Bom Polis Perak telah meletupkan sebutir bom yang ditemui di sebuah bukit terpencil, Kampung Cheh, Bukit Gantang dekat sini jam 10.00 pagi semalam.
Dalam tinjauan Harakahdaily di Kampung Acheh pagi ini telah diberitahu bahawa sepasukan anggota polis tersebut telah memusnahkan sebutir bom lama di percayai tinggalan tentera Jepun sebesar 'peluru senapang mortar' dengan meletupkannya di sebuah hutan terpencil dekat sini.
Menurut seorang penduduk Kampung Acheh yang tidak mahu di kenali pihak polis mengesahkan bahawa bom lama telah digugurkan semasa perang zaman Jepun dahulu tetapi ianya tidak meletup.
Adalah difahamkan oleh beliau bahawa pada mulanya bom berkenaan dijumpai oleh seorang pemancing ikan ketika mencari cacing di Kg. Bangol Rendang dekat Bukit Gantang jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Kemudian, pemancing itu pergi menemui rakan-rakanya untuk mengesahkan sama ada barang yang ditemuinya adalah sebutir bom lama.
Kemudian penduduk Kampung Acheh melaporkan kepada polis di Changkat Jering berkenaan terjumpanya bom lama zaman Jepun itu. - azm _
Terbaru!
Saturday, March 21, 2009
Encik tukar tiub bertanya khabar
Friday, March 20, 2009
Sayfool ade geng
Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada jam 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
"Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Gambar sekitar Program Jom Kecoh,Perak
Thursday, March 19, 2009
Mari berpantun
JEMPUTAN
Orangramai adalah dijemput hadir ke Program Jom Kecoh yang akan di adakan serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Acara acara menarik yang bakal menunggu pengunjung adalah:
-Pertunjukkan gerak tempur guna belantan oleh Pasukan berunifom merah
-Pertujukkan pancutan air warna warni oleh unit pancut pancut F*** U.
-Persembahan bunga asap
-Pertandingan sukan rakyat - Main kejau kejau,Tangkap masuk jel, Tangkap hentak dan tangkap muat
-Ceramah motivasi oleh pegawai berpaku dari unit bajumerah dan bajubiru
-Gerai gerai yang menjual cenderahati seperti gogle, bajuhujan, payung dan bekas
peluru bom asap yang telah digunakan.
Datanglah beramai ramai.makan minum disediakan tapi bayar sendiri!!
PENAJA UTAMA:
TV3(0.25)
PENTING!!!
Pengunjung adalah dinasihatkan untuk membawa gogle, payong atau bajuhujan, tuala dan bertong tong air untuk bekalan sendiri!!!
Tuesday, March 17, 2009
Iklan Berbayar: Jawatan kosong
KETUA MENTERI AKALEM
Syarat dan kelayakan:
- Sekurang kurangnya lulus peperiksaan SPRM pangkat L.
- Pengalaman bukan satu keperluan ( Latihan akan di sediakan)
- Sekurang kurangnya memperoleh 5 tuduhan rasuah yang disahkan oleh SPRM.
- Umur tidak melebihi tahap bangka
- Mendapat pendedahan maksima PPSMI di peringkat sekolah rendah.
- Tidak pernah menjejakan kaki ke Kelantan adalah satu kelebihan.
- Boleh berbahasa melayu
- Disahkan bersih oleh Lembaga Disiplin adalah kemestian.
- Mempunyai lesen memandu kelas L yang sah dan tidak mempunyai masaalah
untuk memandu merz atau rangerover atau camry bila perlu.
Borang yang telah diisi hendaklah sampai ke Pejabat SUK Negeri ( Bawah pokok bekas tapak
persidangan) selewat lewatnya ESOK!
Khir Toyo sebersih salju
Hik..hik!!emphh........mphhh.......!keghhh ...keghhhhh....mphhh..! KAH!KAH!KAH!!!
Huarghhhh!KAH!KAH!KAH!!
Rupa rupanya ramai di kalangan vip UMNO yang teraniaya dengan tuduhan rasuah.Ish..ishh
manusia manalah yang tergamak menabur fitnah tahap terlampau ini.Sedarilah mereka mereka
yang terfitnah itu sebenarnya bersih sebersih bersihnya! Errr...mintak maaf, UMNO tu ape??? Ada pertalian dengan gaban ke?
Gaban ke ni?
Apakah hanya dua ekor tupai sahaja yang jatuh ke bumi?
Tue | Mar 17, 09 | 7:14:24 pm MYT
SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Itulah yang terjadi kepada dua calon utama pertandingan Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.
Mereka didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno.
Mereka yang dibabitkan kesalahan adalah:
1. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Kerana kesalahan itu dia diharamkan bertanding jawatan berkenaan.
2. Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda. Dia diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding.
Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.
Petikan dari :harakahdaily.net
Aku sedang duduk diatas tangga, tiba tiba ehek..ehek!!!uhuk...uhuuuuukkkk!!Khaiiiiiiiiikkkkk....uuwekkkk!!!Ptuiiiiiih!!!!!!
Terjemahan: Sekadar melepas batuk ditangga!
Monday, March 16, 2009
Hantu hantu terkini..!
Semua orang dah kenal...
Hantu Altantuya...
Orang dah kenal dan kali terakhir di lihat di Dewan Rakyat....
Hantu raya...
Muncul pada hariraya, di jalanraya (menyamar sebagai mat rempit),
di kotaraya( mat dan minah lepak?), di pasaraya dan balairaya ( pernah muncul di balairaya PPinang, Kedah dan Perak) .
Berkeliaran di kawasan pilihanraya - terkini dilihat di Bukit Gantang, Bukit Selambau,Batang Ai dan Batang U. Biasanya hantu jenis ini dibela oleh mereka mereka yang berkepentingan.
Hantu toyol..
muncul hanya di negeri Selangor!
Hantu lembu..
Pertamakali di kesan di negeri Selangor!
Hantu rasuah..
Berkeliaran dalam gerombolan.Berita terkini mengatakan bomoh power telah di panggil untuk menghalau mereka mereka yang telah dirasuk oleh hantu ini.
Hantu pokok..
Berupa berok dan kera kat Perak
Hantu kereta..
Banyaaaak! Yang paling glamer hantu merz dan hantu rangerover.Tak ketinggalan hantu Camry. Asalnya kereta kereta ni bukan dari spesis hantu tapi telah dihantukan oleh pihak pihak
tertentu terutamanya di Perak, Selangor dan Terengganu!
Ishh...ish... macam macam hantu kat malaysia ni
Wak...oo.. wak, tolong halau hantu hantu ni!!
Pooh kiri..! Pooh kanan.....! sok.. sek..sok...sek...bla..bla..bla.. ptuiiihhh!!
Kamus bloger
sejenis makhluk yang hina lagi dibenci manusia; tahap kebodohon sesuatu makhluk.
contoh ayat 1:
Akibat terlalu memandang harta kekayaan dan kebendaan katak itu telah disumpah
menjadi gaban.
contoh ayat 2:
Katak itu berkebodohan tahap gaban.
ptuiiihhh!;
Tahap kebencian sesaorang kepada sesuatu atau sesaorang atau kepada gerombolan yang lain.
contoh ayat:
Kerana sikapnya yang suka melompat lompat parti, wakil rakyat itu telah di ptuiiihhh kan
oleh pengundi pengundi di kawasan yang di wakilinya.
Apelah punya bangang mamat ni, ptuiiihhh!!
meroyan;
sejenis penyakit berjangkit yang berpunca dari memakan tempe berlebihan.Pertamakali di
kesan di negeri Selangor.
contoh ayat:
Udahla tu wak.Bawak bawak la bersabar. Jangan diikut sangat meroyan tu.Tenangkan hati.Cuba cubalah memandu merz ataupun rangerover pusing satu Malaysia. Ataupun keluarkan
sikit duit dalam akaun pnsb tu buat belanja pergi disneyland ataupun ke mekah!
Perkataan paling banyak di pertutur atau di tulis di malaysia
Najib
Katak
C4
lembu
berok
KERAjaan
BeEnd
ameno
paklah
nazeri
anuar
sultan
pokok
*****
*****
mummy
kah...kah...kah..
ptuiiihh!!
gila
lompat
ater
derhaka
PPSMI
SPRM( lembu???)
Toyo
Toyol
Merz
RangeRover
Mekah
Apartmen
Balkis
dan lagi...dan lagi...dan lagi...!
Malam tu dia tak dapat lelap mata.Puas di cubanya untuk melelapkan mata tapi seakan ada
jari jari yang manarik narik untuk membuka kelopak matanya. Di capainya suratkhabar utusan
meloya bertarikh tahun lepas yang dah empat kali dibaca.Ahhh...ada satu lagi ruangan yang belum
di baca..ruangan iklan! Di baca satu persatu iklan yang tertera di situ.Rumah untuk dijual...kereta untuk dijual..
kucing hilang...kambing lari.......Mata nya tertumpu pada satu iklan yang agak lain dari yang lain.
Kambing untuk dijual
spesifikasi:
- Baru diwarnahitamkan..masih fresh
- Sesuai untuk pelbagai tujuan kecuali di makan
- Besar, teguh, peramah.
- Baru lepas guna untuik kes rasuah profile tinggi.
- Nilai jual balik di jamin tinggi.
- Kos maintainanace lebihkurang proton perdana
- Kemungkinan untuk melompat lompat adalah tinggi.
- Harga buleh runding.
- Syarat pembayaran: Deposit 10% belen setelah diuji.
- Pembayaran hendaklah dibuat didalam briefcase hitam yang diletakkan dlm bonet merz atau
rangerover atau yg seanggkatan dengannya.
Sesiapa yang berminat sila hubungi 069-69696969
Dia tersenyum sendiri sambil matanya terus usyar iklan satu persatu.Matanya masih tak rasa
mengantuk. Surat khabar dicampaknya ke sudut bilik.Dia menoleh kearah jam dinding
.Dah pukul tiga.Esok nak bangkit pagi.Dibuatnya tak sedar pagi esok rugi sakan.Azamnya kali ni
nak dapatkan sebanyak banyak yang boleh.Bila orang besar dari kolumpo tu datang besok, dia
akan jadi orang yang mula mula cium lutut orang besar tu.Dia akan berjalan selangkah dengan
orang besar itu. Biar orang kampung terbeliak bijik mata tengok keakrabannya dengan orang
besar itu.Walaupun dia kecik jika nak di bandingkan dengan orang besar itu dan bininya, dia akan
cuba membesarkan dirinya seperti katak kembung. Biar orang kampung tahu akan hebatnya
kekatakan dia.Dia tersenyum sendiri.
Pukul 5 awal sangat kot.Pukul 6 subuh tak habis lagi.Pukul 7 takut lewat sangat.Dirabanya bawah
bantal mencari kertas yang dia jumpa melekat kat taik lembu di batas sawah siang tadi.Jumpa!
Masih ada kesan kesan peninggalan lembu kat kertas tu.Baunya pun ade lagi sikit. Kat Kertas
warna biru bercampur kuning dan merah berserta warna taik lembu itu tertera waktu ketibaan
orang besar dari kolumpo itu.Pukul 11 pagi.Setelah di congak congak memang elok kalau dia
bertolak dari rumah pukul 6.30.Tempat tu pun bukan jauh hanya jarak beberapa batang
tiang talipon yang tak berkabel je dari rumahnya. Biar dia jadi orang pertama menunggu kat situ.
Biar orang besar itu tahu betapa setianya dia.
Khabarnya orang besar itu akan datang dengan helikopter dan akan mendarat di satu tanah lapang
di hujung kampung.Dia akan tunggu kat situ.
Dia akan sambut dengan senyum lebar sampai kat telinga.Tiba tiba dia terkejut bila ada sesuatu
yang sejuk jatuh keatas perutnya yang ketika itu hanya berkain pelikat.Katak rupanye!! Dia toleh ke
dinding,alamak!Dah pukul 11:30 pagi! Habislah..terlepaslah peluang aku!Dia bergegas gegas bangun
dan mencapai baju yang baru 4 hari tak basuh.Disarongnya seluar jeans warna seperti biru dan terus
bergegas keluar rumah.Kain pelikat yang dipakainya malam tadi di sangkutkan ke bahu. Dia berlari
lari anak diatas jalan yang tak berturap nsejak 50 tahun lalu.Dalam hatinya menyumpah nyumpah
kerana terlambat bangun pagi tu.
Tak lama kemudian dia sampai ke kawasan lapang hujung kampung. Masih ada orang yang berkeliaran
di situ tapi nampak gaya macam majlis dah habis.Dia berjalan menuju ke khemah besar warna kuning
yang didirikan di satu sudut tanah lapang tu. Dia nampak beberapa orang kampung sedang asyik bercerita
sambil mendongak dan menunjuk nunjuk ke langit.Mesti cerita pasal helikopter yang di naiki oleh orang
besar itu.Dalam dia duk mendongak dongak kelangit dia terasa kakinya tersepak sesuatu.Dia tunduk untuk
melihat benda kat kakinya itu.Ahhh!!Taik lembu! Baru dia perasaan kat padang tu bertaburan dengan kertas
berwarna biru bercampur dengan kuning dan merah di selang seli dengan tompokan tahi lembu.Dia tunduk
mencapai satu dari kertas tersebut.Kat kertas warna biru bercampur kuning dan merah berserta warna taik l
embu yang masih fresh itu tertulis "Harap maaf, kali ni tak ada projek mee segera".Celepuk! Dia terduduk
diatas selonggok taik lembu yang masih fresh lagi!
Ape khabar orang kampung
( Sila nyanyi ikut lagu arwah sudirman)
Ape khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta minta semuanya
Didalam sihat sejahtera
Ape khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Minta maaf semuanya
Projek mee segera dah tak ade....
Saturday, March 14, 2009
Keluar dlm TV3(0.25)?
berita macam ni di censoredkan oleh TV3(.025). Tapi baguslah, politik politik jugak, takkan berita macam ni pon nak sorok. Adik ni bukan sahaja jadi kebanggaan negeri Kelantan malah seluruh Malaysia juga. Kerajaan negeri dah hulur, kerajaan pusat bagaimana? Melihatkan keadaan hidup adik ni, memang patut sangat di bantu. Sekurang kurangnya untuk urusan menyambung pelajaranya. Lagi baik kalau duit yang nak buat beli baju yang pernah di pakai oleh angkasawan
negara tu bagi pada adik ni.Sudah tentu di kenang seumur hidup!!
Penghargaan untuk adik Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal
PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) - Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri. Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.
Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot kediaman kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya membina rumah yang lebih selesa.
Selain itu kerajaan negeri bersetuju memberi saguhati sebanyak RM5,000 kepada pelajar terbaik itu di atas kecemerlangannya.
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.
Friday, March 13, 2009
Tahniah......tahniah
Tv Siam dan bahasa inggeris
Apa yang menarik tentang tv Siam ni ialah apa juga cerita yang keluar kat tv tu semua dialih bahasa ke bahasa Siam hatta cerita hindustan sekalipun! Cuma tang lagu je yang tak dialihbahasakan. Menyanyi lah kau berhari hari dan redah berekar tanah sekalipun!
Bila dikaitkan coretan diatas dgn permasaalahan PPSMI yang heboh di negara kita sekarang ni, teramatlah kontranya langkah kerajaan kita di bandingkan dengan Thailand. Orang lain bersusah payah menonjolkan bahasa ibunda tapi kita sebaliknya. Orang lain sibuk membahasaibundakan bahasa lain, tapi kita pulak sibuk melainbahasakan bahasa ibunda kita! Melayu oh melayu...ishh..ish...