Friday, May 7, 2010

DAH JADI DARAH DAN DAGING, NAK BUANG MACAMMANA?


PERKESO dalam Syarikat Arak
http://episodeperjuangan.blogspot.com/   
Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 
dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah 
membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial 
[ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar 
di dalam syarikat tersebut .

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah 

Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah 
memberi perlindungan keselamatan sosial kepada 
pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . 
PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman 
yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO 

merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan 
menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada
 mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan

 peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina 
dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk 
PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian
 besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah

 sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .

Untuk maklumat sepenuhnya sila klik di laman berikut:
http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf 

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.