Friday, May 7, 2010

PUSAT JUDI BOLA PERTAMA DI BUKA, DI BACOK KELANTAN!!


Judi Bola: Perangi, bukan bagi 
lesen
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Cadangan kerajaan untuk 
mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan 
bola sepak Piala Dunia
 2010 dilihat "menghalalkan yang haram, demi keuntungan".

Pemuda PAS Wilayah dalam satu kenyataan memberitahu, 

alasan kerajaan untuk mengeluarkan lesen kerana pertaruhan haram 
tetap berlaku, tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.

"Rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan 

memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi.

"Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya 

bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan," 
kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, 
Herman Samsudin.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang 

Adek Hussein dalam satu kenyataan memberitahu kerajaan 
sedang mempertimbang 
akan meluluskan lesen judi tersebut.

Beliau memberi alasan, jika kerajaan tidak mengeluarkan

 lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan 
pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan
 pemantauan pihak berkuasa.

Negara Malaysia tambah Herman, tidak boleh disamakan 

dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja 
termasuk perjudian dan segala kemaksiatan.

Apatah lagi katanya, perjudian adalah haram bagi semua agama 

di negara ini."Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi
yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara," katanya.

Mengulas lanjut Herman berkata, rakyat tidak redha dengan 

kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampur adukan 
hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak.

Lebih memalukan katanya, apabila yang mahu meluluskan lesen 

ini adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam.

Tindakan itu ujarnya dikhuatiri mengundang musibah dan kemurkaan 

dari Allah s.w.t.

"Menteri Agama dan ustaz-ustaz Umno begitu bangga menyebut 

didepan rakyat bahawa mereka mahu jadikan Malaysia ini sebagai, 
Baldhatun toyyibah warabbun ghafur atau negara yang makmur 
serta mendapat pengampunan dan keredhaan Allah.

"Tetapi dengan dasar dan cara pemerintahan sebegini negara

 ini akan terus mendapat kemurkaan Allah," tambahnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru para Ulama, Majlis Fatwa serta 

rakyat keseluruhannya bangkit menentang tindakan kerajaan yang
 bertentangan dengan ajaran agama Islam ini.



SESIAPA BERMINAT SILA KE 

BACOK. JANGAN RISAU, YANG 
INI HALAL.TAK PERCAYA TANYA
 BN!