Tuesday, May 26, 2009

Petua mengubati penyakit gatal gatal mulut

Dari kajian yg dijalankan sejak PRU12, menunjukkan bahawa ubat yg paling mujarab untuk penyakit gatal gatal mulut adalah katak! Cara menyediakan katak untuk mengubati penyakit ini adalah seperti berikut:

1.  Katak hendaklah dari jenis melompat,bukan dari jenis merayap seperti katak lembik.Lebih        afdal kalau dapat spesis yang ada kat negeri Perak!

2. Hendaklah diikat keempat empat kaki dan di salai ditengah terik matahari. (Boleh juga disalai   dengan bara api,tapi dikhuatiri cepat kering)

3. Setelah kering, tali pengikat hendaklah di buka dan dibiarkan berembun satu hari satu    malam.

4. Apabila cukup tempohnya, jampi berikut hendaklah di baca :                      "Khaaakkk!!Ptuiiihhh!Khaaakkk!!Ptuiiihhh!Uweeekkk!!. Baca sebanyak 7 kali.

5. Sesudah langkah diatas, gantungkan katak itu di dahan pokok lebih kurang paras dada        tingginya.

6. Langkah terakhir dapatkan sepasang kasut burok (kasut baru kurang mujarab) dan baling    kearah katak sekuat kuat hati.Jumlah balingan adalah mengikut citarasa.

Mudah mudahan penyakit gatal gatal mulut akan hilang!
Orang kat Penanti disarankan mencuba petua ini,kerana khabarnya penyakit gatal mulut dah di kesan disana!!

Berita hangat!!!

Penerbit filem aksi Jet Li hari ini menawarkan  Amina Dola watak heroin dalam filem aksi kung fu terbaru nya ,Once upon a time in Penang. Dengar khabarnya Amina juga ditawarkan bayaran paling mahal dalam sejarah perfileman negara untuk watak tersebut.

KAH!KAH!KAH!
Khaakkkkk!!Ptuihhh!!!!

Sunday, May 24, 2009

PPP Ade dua kepala

PPP mengikut jejak langkah sekutunya
Ade dua kepala ada dua ekor
Satu kata aku sah, satu lagi kata kau haram
Mereka ikut teladan dari ketua gerombolan.
Mereka ikut teladan peristiwa kat Perak
Mereka ada dua kepala dan dua ekor
Tapi mereka ada empat tulor kah???
Jumpa kat mahkamah!!!

Saturday, May 16, 2009

Katak demam

Ade sapa sapa nampak beberapa ekor katak rupa macam tak sehat je? Kalau ade sapa jumpa segera bawak pi hospital.Takut terkena jangkitan selsema khinzir!! Hati hati, pakai sarung tangan getah dan penutup hidung!!!
Kalau katak kena selsema nak panggil ape pulak ye?
KHAAKKKKK!!PTUIIIHHHH!!!

DUN Perak Bubar Isnin??

DUN Perak Bubar Isnin?

Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.

“Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politik di antara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

“Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut,” sumber memberitahu TV Antara.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.

Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN.

Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak.

Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.

Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

“Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan “reserve power” baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan,” Prof Aziz berkata.


Friday, May 15, 2009

Kes rayuan DS Nizar ditunda?

Dah agak dah! Mahkamah dan hakim ni dah jadi macam reta peribadi, tak heranlah kalu boleh di arah itu ini. Dengarnya ditangguh sampai 21Mei. Agaknya main tunda 3hari, lepas tu lagi 3 hari dan lagi dan lagi dan lagi.........

Lama kelamaan, BN ini akan dibenci oleh penyokong sendiri. Nampak sangat tangan tangan berhantu yg sedang menarik narik telinga hakim dan mahkamah.

Seperti kata seorang blogger, KHAKKKKKK! PTUIHHHHHH!!!!

Thursday, May 14, 2009

Kalau DUN Perak bubar?

Kalau jadi DUN Perak bubar, apa kelebihanya pada rakyat Perak?

1.  Dapat mengundi
2.  Dapat beras, gula biskut, ikan sardin dan kopi
3.  Dapat kain batek dan kain pelikat
4.  Budak budak dapat basikal
5.  Orang tua dapat gigi palsu
6.  Orang miskin dapat borang rumah PPRT
7.  Orang nak berniaga dapat borang pinjaman segera
8.  Banyak jalan jalan kg akan ditar baru
9.  Rakyat akan dijanjikan pembangunan itu ini
10. Kalau ikut tradisi, wang ringgit digugurkan dari langit.
11. Yang penting sekali rakyat Perak akan dapat MB baru.Silap haribulan bukan DS Nizar                    ataupun DS Zambry!!

****Ayoooo...best ape!!!****

Teka gambar


Diantara peserta peserta dalam gambar di atas, yang manakah pada pandangan anda layak di beri gelaran 'Pencetus Krisis di Perak'?

Sesiapa yg meneka dengan tepat akan mendapat hadiah percutian 3hari 2malam ke Pulau Pangkor bersama MB(H) Ds Zambry!

*** Hadiah adalah tertakluk kepada kedudukan DS Zambry, lagi cepat dia turun drpd. kerui MB, lagi cepatlah pemenang mendapat hadiah!!!***

RON 95??

 RON 95

Ready...Ok....Naik!!! = 95 sen!!!

PM nak gi mana tu?


Add VideoGambar ni ciluk kat Kelab Greenboc.

PM nak gi mana tu? Besor beg nampak!
Balik rumah mentua kat Monggolia!

Ura ura bubar DUN Perak

Ade khabar khabar angin mengatakan DUN PERAK akan dibubarkan.Kalau ye, eloklah. Rakyat dah jemu jelak dengan cerita kau rayu aku rayu. Untuk rakyat Perak, bersiap sedialah untuk mengundi. Mudah mudahan rezeki melimpah limpah lagi! Untuk bomoh dan pawang hantu, ade tugas lagi. Hantu Siti Aminah tentu kembali. Yang datang berupa manusia pun dah ada.Siap masuk calon lagi!!

Adakah UBN akan tewas dengan pukolan TKO? Kemungkinannya amat besar!!!

Tuesday, May 12, 2009

Betul ke ni

Dari  http://adukataruna.blogspot.com/2009/05/jalan-tengah-sultan-tabalkan-mb-baru.html


Jalan tengah : Sultan tabalkan MB baru.


Kuala Kangsar : Keadaan semakin panas apabila pihak istana mengambil jalan menolak Zamry dan Nizar. Pihak istana telah memasyurkan seorang Menteri Besar baru. Istiadat dan angkat sumpah akan di adakan esok pagi.


Sementara itu Ketua Polis Negeri mengesahkan istiadat itu. Pihak protokol istana ada memaklumkan kepada polis mengenainya.


"Kami memberi amaran akan bertindak tegas kepada sesiapa yang cuba menggagalkan istiadat angkat sumpah itu. Para pengguna jalan raya utama ke istana Kuala Kangsar diminta merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif kerana jalan itu akan ditutup kepada kenderaan awam."

Lagu baru, belum ade kat pasaran

(Sila nyanyi ikut lagu lama 'mari bermain tali')

Mari bermain MB bawah rumpun bambu
Aku dok belah sini kau dok belah sana

Mana hujung tali takkan ku lepas lagi
Ikat kaki ku supaya tak lompat sebelah sana
Mana kerusi MB takkan ku lepas lagi
Biar orang kata aku tak hendak lari

Mari bermain MB marilah disini
Pegang pegang kerusi jangan pegang FRU!

Sungguh adik pandai mengguna hakim amboi
Sehingga hari ni huru hara sebuah negeri
Mana dia gari hendak ku ikat kaki
Polis dan FRU dok tunggu dari pagi

Mari bermain MB marilah kat sini
Hari ni jadi MB esok tak tentu lagi!!!

*****Tolong la woi, tamatkan drama MB nih.Dah termuntah dah ni,Uwweekkkkkkkkkhh!!!***

Monday, May 11, 2009

Kerusi terpanas di dunia!

Di dalam satu perkembangan yang terkotor dalam sejarah hasil permainan dan percaturan politik Presiden UMNO Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Semalam, Najib telah mengumumkan berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dan pada hari sebaik sahaja difailkan permohonan, dan di dalam keadaan yang amat luarbiasa seolah-olah seperti mendapat arahan pihak tertentu dan memenuhi kenyataan awal Najib yang menyatakan “kita akan selesaikan segala masalah” Mahkamah Rayuan telah terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

****Cilok dari Kelab Greenboc***


Kejap dapat kejap xdapat. Semalam haram hari ni halal.Semalam Mb, hari ni bekas MB!!
kerja bodoh apele ni.Oii!! Udah udah le tu.Proses ni menyusahkan banyak orang. Kejab masuk pejabat, kejab kena pindah keluar.Ini kerja budak budak tadika main masak masak. Orang dah boring dan meluat tengok!!
Kata akur dgn keputusan mahkamah,yg pegi buat rayuan tu buat hape. Dah terang lagi nak bersuloh. Orang suloh tempat gelap supaya jadi cerah.Yg pegi suluh kat bulan tu buat apenye!Bulan tu dah tentu cerah tak payah menyusah diri nak suloh!!!
Bawak bawaklah mengucap.Balik rumah, buat kopi tongkat ali susu kambing pas tu relak tengok tv.Malam Jumaat pakat ramai ramai bunoh setan!!
Macam cerita P.Ramlee pulak. Mahkamah bersidang, keputusan segera dapat. Ade pakai suis on/off ke ape?

Ketinggalan zaman

Sementara itu dalam ucapannya di Washington semalam, Asif Ali berkata kerajaan Pakistan akan mengambil alih semua madrasah di negara itu bagi memisahkan pelajarnya daripada ekstremis serta memperkenalkan pendidikan moden dan Islam.

Beliau berkata, kerajaannya sudah mengambil keputusan untuk memperkenalkan pembaharuan dalam sistem madrasah dan membawanya ke dalam sistem kerajaan.


***Kat Malaysia dah lama buat dah!***

Ulau!!ulau!!!

TAIPEI: Seorang lelaki dipatuk ular sebaik duduk di mangkuk tandas untuk membuang air di tandas rumahnya.

“Sebaik duduk, tiba-tiba dia berasa sakit seperti dihiris dan segera berdiri. Apabila melihat ke bawah, dia nampak seekor ular besar,” lapor akhbar China Times.

Lelaki berusia 51 tahun itu hanya cedera ringan, kata pengarah Hospital Puli Christian, dan dibenarkan keluar sebaik melepasi risiko jangkitan.

**Bhairan**

Alamak ai! Ulau ape ni? Ade jugak ulau melingkau dalam mangkuk tandas.Inilah agaknya yang dinamakan ulau mangkuk! Itu cerita kat Taipei, kat Malaysia pulak ulau melingkau kat mana mana. Yang terbaru sekali ulau melingkau kat dalam DUN Perak. Hati hati oi, nanti terpatuk telo!!!

Mari menyanyi!

(Sila nyanyi ikut lagu 10 budak hitam)

10 budak hitam
main dalam dewan
satu jadi haram
yang tinggal 9

bercahya bukan api
berkelip bukan bintang
dacing dan biru tolak tepi
Bulan dan hijau nak datang

Sorong papan tarik papan
buah keranji atas peti
Rampas kuasa disegerakan
Undang undang negeri dia tak reti

10 budak hitam
main atas jalan
MB dah jadi haram
tak boleh nak bersidang!!

Kambing doh jupe!

Ahmad Ramzi hadir di balai polis, dipercayai beri keterangan 12:01pm

KUALA TERENGGANU 12 Mei – Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hari ini, dipercayai untuk memberi keterangan....

**Utusan Meloya**


Tak payah cari lagi dah jumpa dah. Kita tunggu tengok bertukar warna ke tak.
Guano mung! Oghang dok cari banyok ari doh. Mung nusuk alek ghok mane?
Ko mung lari ko hujang!!! Mung tok mbhoh gi balai polih tu nape?

Polis sibuk

Kanak-kanak dipercayai diculik malam tadi 

ditemui mati


IPOH 11 Mei - Polis menemui mayat seorang kanak-kanak 

lelaki berusia tiga tahun di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, dipercayai mangsa 

culik yang dilaporkan hilang oleh bapanya malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan 

berkata, mayat Lee Li Xuan ditemui tersangkut di ranting 

kayu oleh beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.


Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian 

menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya, dan mayat itu kemudiannya dihantar ke 

Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. 


Katanya, sebelum kejadian bapa kanak-kanak itu Lee Boon Chung, 25, membuat laporan polis mengatakan anaknya 

dilarikan oleh seorang lelaki berbangsa India semasa 

anaknya itu sedang menyaksikan satu pertunjukan 

pentas di sebuah taman berhampiran rumah datuknya 

di Bagan Tiang pada pukul 10 malam tadi.


Menurutnya, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya. - Bernama


****Polis sibuk dok jaga SUK dan DUN. Tak cukup kakitangan nak urus benda lain***

Kasut bundle laris kat Perak

Wartawan tak rasmi melapurkan peniaga peniaga kasut bundle sedang mendapat'durian runtuh' kat Perak. Dari temuramah rambang orang ramai yg berpusu  pusu di premis menjual kasut bundle mendapati bahawa orang ramai mula menyerbu premis bundle sejak dari petang tadi. Apabila ditanya untuk ape kasut kasut itu dibeli, seorang pengunjung memberitahu ia sebagai persediaan untuk menyambut beberapa orang selebriti kelahiran Perak yg tengah top dan menjulang namanya di persada tanahair sejak petang tadi.Tambahnya lagi, apabila terjumpa dengan selebriti selebriti ini, peminat peminat akan membaling kasut kasut bundle yg di beli itu ke muka mereka mereka ini. Walaupun nampak kasar, itulah tanda terima kasih mereka kepada selebriti itu kerana telah menaikan nama Perak di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.

Kita ucapkan selamat membaling kasut kepada rakyat Perak!

Ooooongggg!Ooonnngggg!Oooongggkh!!!

Kambing

Sekor lagi kambing akan bertukar kewarna hitam kat Terengganu.
Kalau sesiapa ternampak kambing ni merayau kat mana mana sila bawa ke balai polis terdekat dengan seberapa segera. Tindakan segera polis akan menghalang kambing ni dari bertukar tukar warna atau terus bertukar menjadi katak seperti kat Perak!!!

Oonngggg!Ooonnnggg!Ooooonnngggggg!!!
Mmmmbbbeekkkk!Mbbbeeekkkkk!!!

Katak oh katak

Katak oi katak
mengapa kau panggil hujan
macamana tak panggil hujan 
Mb dah takde lagi
Mb dah tak de lagi

Mb oi Mb 
Mengapa kau tak de lagi
Macamana nak ade lagi
Mahkamah dah buat keputusan
Mahkamah dah buat keputusan

Mahkamah oi mahkamah
Mengapa buat keputusan
Macamana tak buat keputusan
Dia Mb haram
Dia Mb haram!!!

Maka terkial kial lah beberapa ekor katak yang ade kat Perak.
Oooonngggg! Ooonnnggggg! Ooonnnngggg!!

Sunday, May 10, 2009

Macamana kalau keputusan mahkamah esok memihak kepada DS Nizar?

Walaupun nampak agak mustahil dalam keadaan hakim dan mahkamah jadi kuda tunggangan, cuba bayangkan jika keputusan memihak kepada DS Nizar. Maka ramailah makhluk manusia yg jadi macam cacing kepanasan! Apa akan jadi pada Zambri. Apakah langkah PM seterusnya?
Yang pastinya, rakyat Perak akan gumbira sakan!

Sunday, May 3, 2009

iphone

Untuk penggemar, peminat,tuan punya,baru nak beli, baru berangan nakbeli dan saja saja minat nak tahu talipon iphone, sila baca ini.