Monday, May 11, 2009

Kasut bundle laris kat Perak

Wartawan tak rasmi melapurkan peniaga peniaga kasut bundle sedang mendapat'durian runtuh' kat Perak. Dari temuramah rambang orang ramai yg berpusu  pusu di premis menjual kasut bundle mendapati bahawa orang ramai mula menyerbu premis bundle sejak dari petang tadi. Apabila ditanya untuk ape kasut kasut itu dibeli, seorang pengunjung memberitahu ia sebagai persediaan untuk menyambut beberapa orang selebriti kelahiran Perak yg tengah top dan menjulang namanya di persada tanahair sejak petang tadi.Tambahnya lagi, apabila terjumpa dengan selebriti selebriti ini, peminat peminat akan membaling kasut kasut bundle yg di beli itu ke muka mereka mereka ini. Walaupun nampak kasar, itulah tanda terima kasih mereka kepada selebriti itu kerana telah menaikan nama Perak di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.

Kita ucapkan selamat membaling kasut kepada rakyat Perak!

Ooooongggg!Ooonnngggg!Oooongggkh!!!