Monday, May 11, 2009

Kerusi terpanas di dunia!

Di dalam satu perkembangan yang terkotor dalam sejarah hasil permainan dan percaturan politik Presiden UMNO Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Semalam, Najib telah mengumumkan berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dan pada hari sebaik sahaja difailkan permohonan, dan di dalam keadaan yang amat luarbiasa seolah-olah seperti mendapat arahan pihak tertentu dan memenuhi kenyataan awal Najib yang menyatakan “kita akan selesaikan segala masalah” Mahkamah Rayuan telah terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

****Cilok dari Kelab Greenboc***


Kejap dapat kejap xdapat. Semalam haram hari ni halal.Semalam Mb, hari ni bekas MB!!
kerja bodoh apele ni.Oii!! Udah udah le tu.Proses ni menyusahkan banyak orang. Kejab masuk pejabat, kejab kena pindah keluar.Ini kerja budak budak tadika main masak masak. Orang dah boring dan meluat tengok!!
Kata akur dgn keputusan mahkamah,yg pegi buat rayuan tu buat hape. Dah terang lagi nak bersuloh. Orang suloh tempat gelap supaya jadi cerah.Yg pegi suluh kat bulan tu buat apenye!Bulan tu dah tentu cerah tak payah menyusah diri nak suloh!!!
Bawak bawaklah mengucap.Balik rumah, buat kopi tongkat ali susu kambing pas tu relak tengok tv.Malam Jumaat pakat ramai ramai bunoh setan!!
Macam cerita P.Ramlee pulak. Mahkamah bersidang, keputusan segera dapat. Ade pakai suis on/off ke ape?