Kanak-kanak dipercayai diculik malam tadi 
ditemui mati
     
 IPOH 11 Mei - Polis menemui mayat seorang kanak-kanak 
lelaki berusia tiga tahun di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, dipercayai mangsa 
culik yang dilaporkan hilang oleh bapanya malam tadi.
 
 Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan 
berkata, mayat Lee Li Xuan ditemui tersangkut di ranting 
kayu oleh beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.
 
 Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian 
menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya, dan mayat itu kemudiannya dihantar ke 
Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. 
 
 Katanya, sebelum kejadian bapa kanak-kanak itu Lee Boon Chung, 25, membuat laporan polis mengatakan anaknya 
dilarikan oleh seorang lelaki berbangsa India semasa 
anaknya itu sedang menyaksikan satu pertunjukan 
pentas di sebuah taman berhampiran rumah datuknya 
di Bagan Tiang pada pukul 10 malam tadi.
 
 Menurutnya, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya. - Bernama
****Polis sibuk dok jaga SUK dan DUN. Tak cukup kakitangan nak urus benda lain***